Sunday, May 6, 2012

cbCeritaku: In Progress Komik Baru

Assalamualaikum..
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.. Hmm, hari ini pagi-pagi hujan dah turun, terasa mau tidur plak, biasa la kan, hari cuti, hujan renyai-renyai pulak tu..hehe. Tapi sebelum tu, saya nak update sket hari ini sebelum berselimut di atas katil yang empuk itu..:)
Sekarang ni saya dalam proses untuk siapkan satu animasi bergambar, siri Islamik sikit.. mungkin ianya akan saya update secara bersiri, sebab saya pun nak buat secara bersiri jugak..hihi.
Animasi bergambar ni, saya buat cerita berkisar sebuah kisah yang telah diceritakan dalam Al-Quran, berkenaan dengan kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua), yang sejarahnya mempunyai banyak pengajaran dan iktibar untuk kita hayati bersama..


Nah, preview yang saya sedang siapkan.. Susah jugak ye, perlukan idea untuk susun plot cerita ni, walaupun ceritanya sudah sedia ada, tapi saya kena ubah sket supaya jalan ceritanya tidak meleret panjang, dan fokus kepada plot yang utama saja..


Designnya taklah menarik sangat, maaflah sebab I'm the beginner je, baru mencuba-cuba dalam seni macam ni, lebam mata-mata duk mengadap lappy sebab benda ni tau..hehe :)

Di sini sedikit cerita mengenai Ashabul Kahfi..

Kisah Ashabul Kahfi (Bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.

Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.

Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
"Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka."

Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir.
Sumber: Di sini



Wallahu a'lam..

P/S: Nantikan kemunculannya ye..:)

No comments:

Penghuni Cakap Bual

Share This!