Thursday, August 4, 2011

Lelaki Paling Tinggi Pernah Aku Jumpa...


Salam semua..... ni nak citer sket kisah hamba berkenaan tinggi2 ni... Bukan pasal panjat pokok tinggi, bukan jugak terjun bangunan tinggi, tapi berkenaan saya terjumpa orang tinggi, tengok depan mata ... tinggi dowh..hehehe..

Memang tak dinafikan, hamba pun tinggi gak, tapi tak la setinggi orang tu.. kalau diukur, mgkin paras dada die kot.. (aku ingat diri ini udah tinggi cam pokok kelapa, akan totapi ade lagi yang tinggi cam galah lebih dari aku ni..hohoohohoh).........


Ni time masa lepas solat jumaat, kat Masjid Muhammadi, Kota Bharu... 

Mulanya tak tahu la, nape ramai sangat yang berkumpul kat belakang masjid tu, so tanpa ragu, terdetik nak join sekali...

Bila aja ku masuk dekat, wow! tinggi dowh orang itu.. rasanya dari Pakistan kot, sbb terdengar cakap2 orang ramai masa tu.. aku pun tanpa segan serta silu, segera mengeluarkan phone canggihku (eheheeheh) n snap la beberapa keping gambar ( 3 keping aja, tak banyak pun..huhuhuh).. tak sempat nak snap banyak2, sebab rmai orang yang tanpa segan cam aku berkerumun amik gambar dia jugak.. huhuhu

Nilah gambar yang sempat ku rakamkan.. :

Lihat, orang ramai just separas dadanya aja..


Pic kat atas tu yang aku sempat snap masa dia betul2 lalu kat depan aku,.. ni la gambar yang diambil dari depan, satu-satunya.. memang kena pandang ke atas kalau nak ambil,kalu tak, nampak kaki aja lerr... hehehe


Snap dari belakang...


Sekali tengok, kesian gak kat dia.. sebabnya terpaksa pakai tongkat tuk berjalan, sebab kakinya tak mampu tuk sokong berat tubuhnya (ntah betol ke tak, ni just teori aku orang yang tak mengaji pandai je ni..hehe).. hinggakan ada seorang yang membantu dia berjalan.. hmmm, memang sukar je kalu jadi terlebih tinggi dari biasa ni ye..:-)

Lihat, betapa tingginya orang itu di kalangan orang ramai..


Inilah salah satu dari kebesaran Allah swt, so sama2 kita ambil iktibar dari segala apa yang berlaku di depan kita..


Wallahu a'lam...




P/S : BIARPUN DIRI KITA RENDAH, TAPI JIWA KITA HARUS "TINGGI"..hehe 


~~~~~ salam Ramadhan Karemm ~~~~



No comments:

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!