Assalamualaikum..
Jom tengok selingan dan hayati kartun ini..
kredit to RUSYDEE ART
Pada petang ahad yang lepas, saya berpeluang berjumpa dengan seorang Syeikh dari Mesir, dan dia telah berkongsi mengenai kelebihan ayat Qursi ini. Sesungguhnya banyak kelebihan yang ada pada ayat Qursi kerana ianya adalah merupakan kepala Al-Quran, dan banyak hadith-hadith yang membicarakan berkaitan dengan ayat Qursi ini.
Antara intipati yang dapat saya ambil ialah:
- Ayat yang menunjukkan "wahdaniyyatilllah" iaitu ke-Esaan Allah SWT.
- Terang dan jelas menerangkan kekuasaan dan Qudrat Allah SWT.
- Allah SWT mengetahui apa yang bersembunyi dalam hati-hati manusia zahir dan batin.
Antara Hadith2 yang menunjukkan kelebihan ayat Qursi ini:
Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat
tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum',
sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari
Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga
pagi". (HR Bukhari).
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah
setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain
kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani).
Wallahua a'lam.. :)
No comments:
Post a Comment