Wednesday, July 27, 2011

Practice make perfect...huhuhu



salam semua.......... Gitar ye, aku suka main GITAR!! hehe

first time aku men ni, mmg sumbang pown.. persembahkan... me n my gang. wakakaakaka



lagu raya, tp pose x lagi.. apapun selamat berpuasa & selamat Hari Raya trossss...heheeh..

NI DIA LIRIK LAGU KAT ATAS TU.. _SALAM DUNIA-M.NASIR

Salam Dunia

Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu

Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya


Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan



SOO....

selamat menonton....hakhak
(geng2 jgn marah, aku masukkan video ni lam blog yer..hihi)



Saturday, July 23, 2011

Doa Dalam Kesusahan..

 Selalulah kita amalkan doa ini..




terjemahan :

“Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam), dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku ditangan-Mu, hukuman-Mu jatuh kepadaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan kepada kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penentram hatiku, cahaya di dadaku pelenyap duka dan kesedihanku”. (HR. Ahmad 1/391 dan Al-Albani menyatakan shahih).

Thursday, July 21, 2011

Never Forget To say.. Lailaha Illa Allah



Assalam semua..

Kongsi sana sini, apa habaq ari ni sumer?? ambe harap smuanya dalam keadaan siahat sejahtera hendaknya.. insyaAllah.. hari ni jom kita kongsi kelebihan Lailaha Illa Allah, satu perkataan, merupakan kunci pintu syurga...







dan telah di translate kepada English, ...there is no god but Allâh....    tr by Abdullah Yusuf Ali.
 
Di mana saja kita berada, bila pun masanya, keadaan kita.. tentukan kita sllu melafazkan perkataan ini, besar maknanya.. fadhilat kelebihannya ialah :

1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.

3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam”.

4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah

7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

MOGA2 KITA SEMUA MENDAPAT MANFAATNYA..AMINN


So, never forget to say ...................... "Lailaha Illa Allah"..



Sunday, July 17, 2011

Cinta Seorang Lelaki


Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. 
Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasaserik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namundia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH.

SUMBER: - Ratuku eiFFa -

Thursday, July 14, 2011

Pengajaran dari satu penampar


Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 
3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. 

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya. 

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah. 


Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan 

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? 
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR? 
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. 

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya? 

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya. 

Pemuda : Saya amat tidak faham...?? 

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya? 

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!! 

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada? 

Pemuda : Ya....! 

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya? 

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!! 

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya. 

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak? 

Pemuda : Tidak....!!? 

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? 

Pemuda : Tidak....!!!? 

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR! 

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini? 

Pemuda : Kulit dan daging...!!! 

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...? 

Pemuda : Kulit dan daging....!!!?? 

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya? 

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!? 

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!! 

Pemuda : Allahuakbar! 

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI" 

'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'

Sunday, July 10, 2011

aduyai..bangang btol statement!!

nih dari brita HAIRAN, ada ke patut habaq kata nk gulingkan kerajaan??padahal BERSIH tu just nak tuntut 8 tuntutan tuk pilihanraya yang adil n saksama jer..pehal??ko takut kecut perut ke weiii....jatuh terguling dowh..



pikiaq la sndiri.. xd kuar pun pasal PATRIOT???haahaha

k chow.....




Friday, July 1, 2011

BERSIH antara pro dan kontra nya...

assalam............. salam jumaat semua yer,,,
sekarang ni isu yang sangat 'hot' dan terkini, bermula dari ceruk kmpung nun jauh d pedalaman, kedai2 kopi, hatta kemuncaknya kepada intelektual2 smuanya memfokuskan tentang isu ini, iaitu BERSIH. satu perhimpunan, ala orang kata 'demo' tu la.. isu ini dibahaskan oleh banyak pihak, PRO dan KONTRAnya berdasarkan pandangan masing2..

sebenarnya saya xberani nak kupas isu ini dalam2,sbbnya sape la saye kan,,,cuma di sini saya nak sampaikan kepada sedara2 tentang pndangan2, hujah2 dari mereka yang bijakpandai dan intelektual ni..pro atau kontranya, tepuk dada tanya iman... ok. 

pertamanya, meh kita dengar dulu pandangan Dr. Maza, videonya sedara bleh lihat di sini, maaflah kalau saundnyer x seberapa, speaker bunyi sbelah..hehe... yang saya bleh kutip di sini, demo dibolehkan untuk menyatakan kezaliman,selagi mana harta awam, carut mencarut tidak di amalkan..ini satu..

akan tetapi, selama saya search internet, kebanyakan yang saya lihat pndangan2 mereka banyak membincangkan kontranya,..antaranya apakah bersih ini natijahnya memertabatkan islam??

nah, petikan dari laman fb,..

sambungannya.....


(sori la kalau xclear ye...huuhu..memang menyakitkan mata pun...hihihih)

satu perbincangan dan pandangan yang sihat kerana berdasarkan kepada hujah..saya melihatnya beliau mengkaji dan meneliti, n then keluarkan hujah berdasarkan fakta2 dan pndangan beliau..saya sendiri tidak menolak pndangan itu,tp kita kena berfikir secara matang, banyakkan mengkaji...

mgkin kita terfikir, jikalau demo ini tiada kaitan dengan Islam, mengapa TGNA menyeru dan menyokong BERSIH?? hehe... bahkan presiden PAS sndiri turut menyeru untuk turun sama2 menjayakan kempen BERSIH ini.... lanjut klik di sini (video).

sebenarnya banyak lagi laman sesawang yang membahaskan ttg isu ini, sedara boleh search kat google n baca la sdiri..hehe. ksimpulannya saya disini bukanlah nk membuat keputusan, tp sebagai perbandingan, pro dan kontra bersih ini diadakan.. selebihnya, terpulang pada sedara2 skalian, tepuk dada tnya lah diri sndiri..hehehe..

selebihnya boleh rujuk disini:
Petualang BERSIH
BERSIH vs kotor??

(sbenarnya bnyak lagi blog2 yang membicarakan isu ini, so rajin2kan lah diri anda yer..jangan malas... man jadda wa jada..:-).........

skian wslm..






hari yang memboringkan..

salam all............... sambil2 duk tgk video klip kat youtube ni, ajat nak kongsi la ngan sedara2.. xde la bnda ni pnting sangat, tapi tu la..memboringkan..hehe. tgk tjuk posting pun dah tau kan, entry kali ni pun komfem membosankan.......haha

hari ni, aku keje cam biasa la.. sebab yang memboringkan kerana xd apa yang nk dibuat, keje pun org xd (kalau org ada pun rasa nak suruh xyah datang je..hehehe)..bosan btol, nak men PES xd mood, nk on9 pun xtau nk tgk aper..last2 selongkar mudah,my cari gitar baru..heheehe

nah, satu video ni mula2 tgk tjuk dia,lawak la jugak... video cover cinta muka buku dari najwa latiff..

korang layan la,aku da dgr la..hehe k see again..BORING KAWW!!


Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!