Sunday, August 7, 2011

Pak Long - Dari komposer menjadi penyanyi

Salam semua,...


Pak Long sedang cover hensem ngan gitarnya..hehe

Sebut saja Pak Long, sape yang tak kenal? Dari budak kecik hingga yang peringkat tua, saya rasa semuanya mengenali hatta mendengar nama dia kan..hehe

Pelik sungguh! Penglibatan Shafie Ahmad atau Pak Long, 45, sebagai komposer sudah pun bermula sejak tahun 90-an lagi menerusi lagu Cinta Pantai Merdeka yang pernah dihasilkan untuk Jinbara.

Apa yang menghairankan, mengapa setelah 20 tahun yang lalu mencipta nama sebagai pencipta lagua, barulah Pak Long terfikir untuk terbitkan album studio sendiri pada usia yang sebegini?

Apabila dia di wawancara oleh murai.com.my , inilah jawapan dia :

"Dulu semasa saya berumur 24 tahun iaitu selepas saya mencipta lagu 'Cinta Pantai Merdeka' Jinbara, kumpulan Kopratasa ada tawarkan pada saya untuk bikin album bersama tetapi ketika itu saya tidak dapat menyermpurnakan hasrat mereka. Bapa saya ketika itu sakit tenat dan saya perlu pulang ke kampung dengan segera.

"Banyak faktor sebenarnya yang membuatkan hasrat saya terbantut. Antaranya ialah bapa saya sendiri tidak suka bila dapat tahu saya menyanyi walaupun emak saya tahu minat saya untuk menyanyi memang terlalu mendalam sekali. Selain itu saya menetap dan bekerja di Kedah bersama keluarga pada ketika itu, jadi ia menyukarkan saya untuk berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk merakamkan album.

"Walaupun saya tidak merakamkan album, namun saya terus berkarya dengan mencipta lagu yang dipopularkan oleh Mawi yang berjudul Al-Jannah pada tahun 2004 dan lagu itu berjaya menerima anugerah Lagu Nasyid Popular Anugerah Era pada tahun 2008",ujarnya.

Menjelaskan bagaimana titik permulaannya yang membolehkannya dia mengeluarkan album solo pertamanya 'Selagi Ada Rindu' edaran FMC Music, Pak Long berkata, segalanya bermula beberapa tahun lalu apabial diaditemukan dengan penerbit album, Kacip Emas oleh Kapten (B) Mohd Yusof Md Saad yang beribu pejabat di Kedah.

"Kapten Yusof ini menawarkan saya untuk merakamkan album. Jadi pada tahun 2008, album saya ini telah pun dilancarkan di utara semenanjung Malaysia sahaja pada ketika itu.

"Oleh kerana mahu menembusi pasaran yang luas di seluruh Malaysia, kami pun mencari syarikat rakaman. Itupun setelah lagu ciptaan sayayang sepenuhnya iaitu 'Selagi Ada Rindu' berjaya mencecah sehingga 1.3 juta orang yang melayarinya di laman web youtube.

"Selepas itu, banyak syarikat rakaman yang datang kepada Pak Long untuk mengedarkan album ini. Namun kami mengambil keputusan untuk memilih FMC kerana tawaran yang diberikan ketika itu cukup memuaskan," ujarnya.

Musykil dengan namanya yang dikatakan tidak komersil itu, Pak Long bagaimanpun lebih selesa dikenali dengan panggilan sebegitu yang telah digunakan sejak mencipta nama sebagai komposer lagu 'Cinta Pantai Merdeka' lagi.

"Saya tidak kisah mengenai nama ini asalkan orang tahu siapa Pak Long yang dulunya pernah mencipta lagu untuk kumpulan Jinbara dan penyanyi popular Mawi dan sebab itulah saya turut muatkan kedua-dua lagu nyanyian mereka ini di dalam album saya.

Pak Long juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan album setreusnya sekiranya album Selagi Ada Rindu berjaya menembusi pasaran muzik di seluruh Malaysia.

Setakat ini, album 'Selagi Ada Rindu' sudah pun tercalon dalam senarai akhir bagi kategori Album Pop Etnik Terbaik di AIM 16 pada 2009. Malah, lagu Selagi Ada Rindu itu sendiri menjadi juara carta berminggu-minggu dalam beberapa radio seperti di Mutiara FM, Kedah FM, Langkawi FM, Perlis FM, Perak FM, Sabah FM dan terbaru THR Gegar Pantai Timur.

Album yang boleh didapati di seluruh negara sejak pertengahan Mei ini mempunyai 10 trek lagu seperti berikut:
  1. Selagi Ada Rindu
  2. Cinta Pantai Merdeka
  3. Baju Kurung & Kebaya
  4. Harapan Bergetar
  5. Perjalanan Ku
  6. Cinta Di Langkawi
  7. Teratai Ku
  8. Cinta Asmara
  9. Al-Jannah
  10. Penawar Kacip Emas

(Credit to www.murai.com.my)





Ni lah salah satu video life Pak Long, Cinta Pantai Merdeka... layan..




kredit to : keterai
P/S : Dengar2 jugak, Pose Tetap Pose..hehe

No comments:

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!