Tuesday, August 9, 2011

Syiling terbaru : Pengaruh Freemason??

Salam semua...

Kebelakangan ini, sibuk diperkatakan tentang negara kita akan mengeluarkan design syiling yang baru, ntah kenapa cb tak tau plak..mengikut Malaysiakini, yang mana dipetik daripada Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, syiling terbaru ini lebih ringan dari syiling yang sebelumnya dan lebih kecil untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya. Sumber dari MalaysiaKini.


Sebenarnya cb ni bukanlah nak membongkarkan, akan tetapi nak berkongsi dengan pembaca sekalian jer, sebabnya dah ramai para bloggers di luar sana yang membongkarkannya.. Dari situlah, isu yang menarik tidak boleh dibiarkan saja, kita jugak harus berfikir dengan mata akal, bukan nafsu semata-mata. Mengapa isu mengaitkan design syiling terbaru ini timbul?? Mengapa tidak pada syiling-syiling yang sebelum ini?? 


Mari kita lihat satu persatu design syiling yang akan dikeluarkan itu. Bermula dengan syiling 5 sen hingga ke 50 sen, semuanya ada lambang ataupun bentuk2 tertentu yang melambangkan simbol-simbol daripada gerakan Freemason ini. Lantaran itulah persoalan timbul dari benak fikiran cb, adakah ianya kebetulan ataupun salah satu dari agenda Freemason sendiri?? yang mana kita tahu bahwa gerakan ini sudah lama bertapak kat Malaysia kita yang tercinta ini.. rujuk video ini : Mason Di Malaysia part 1, part 2, part 3 dan seterusnya sampai ke part 20. (tgk sndiri la kat utube tu, nak senaraikan satu persatu, letih dowh. hehe...).

 Syiling RM 0.05



Perhati betul-betul pada lambang yang telah ditandakan dengan line hitam di atas, adakah ini kebetulan?? Lambang Matahari Illuminiti (salah satu lambang gerakan Freemason).

Lambang Matahari ILLUMINITI


Syiling RM 0.10





Ni lagi satu, dibelakang syiling Rm 0.10 ini jelas ada lambang "star of david". Sama seperti yang terdapat pada bendera negara HARAM Israel ni. Menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.



Syiling RM 0.20 & RM 0.50


Kedua-duan syiling ini berwarna keemasan, simple dan cantik. Sekilas pandang, seperti emas dah, tapi apakan daya, terkantoi jugak akhirnya (ni bukan cb yang cakap, tapi mengikut kajian para blogger2 kat luar sana la...)..hehe.

Meh lihat di bawah ...





Ni lagi satu, tak puas letak kat syiling RM 0.05 dan RM 0.10, ada jugak pada kedua-dua syiling ini. Seakan seperti simbol Baphomet iaitu Pentagram Kuno dan Pentagram Moden Bintang Terbalik. Menurut Wikipedia, perkataan ini muncul pada bulan Julai 1098 dalam surat oleh Anselm yang terlibat dalam perang salib Ribemont.

Balphomet adalah simbol Illuminiti yang diibaratkan sebagai menyembah syaitan. Simbol ini adalah sebagai ritual dan penyembahan untuk tunduk pada syaitan 

 

So, di sini cb tidak menghukum apatah lagi menilai semua yang di atas itu, akan tetapi cb menimbulkan satu persoalan, adakah ini sekadar kebetulan atau agenda?? Kalau pembaca rajin untuk menjejaki blog2 yang terdapat dalam alam siber ini, banyak lagi pendedahan yang di lakukan, bukan sekadar tertumpu pada syiling ni je.. kena rajin la nak dapat ilmu ni, takkan nak kena suapkan jer!! hehe...

Kredit sumber sedikit sebanyak dari Perisik Rakyat.

Wallahua'lam...

P/S : TEPUK DADA TANYA IMAN MASING2 YER....

2 comments:

Siz Ridzna said...

nice entry...

inna_risna said...

inna xtaw pn pasal design tbaru duit syiling nie..
btw,harap2 ada pihak la especially pihak pemerintah yg sedar akan rupa bentuk design tersebut.

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!