Sunday, February 26, 2012

cbAgama: Ada Apa Dengan 'SUBUH'?



Assalamualaikum..
Lamanya saya terguling-guling di atas katil, pejam celik berulang kali, tapi kelopak ini masih berdegil untuk tertutup rapat. Alahai... Kenapa la susah sangat mahu tidur, subuh dah dekat dah ni....

Ya,berbicara mengenai SUBUH. Ada apa dengan SUBUH? Mengapa ianya penting dan amat-amat ditekankan dalam ISLAM?? 
Sebuah Hadis berbunyi : RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim).
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, pengertian SUBUH (as-Subhu atau as-Sabah) adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.
Di waktu inilah Muslim bangun untuk menunaikan kewajipan yang fardhu, iaitu menyembah Tuhan segala manusia. Kita seringkali terlepas pandang serta mengambil mudah dengan solat subuh secara berjemaah. Oleh itu, ketahuilah sesungguhnya banyak fadhilah berkenaan SOLAT SUBUH BERJEMAAH, antaranya :

  1. Allah SWT akan mengurniakan cahaya di hari akhirat kelak kepada orang yang berjalan ke masjid di waktu gelap kerana ingin menunaikan solat secara berjemaah. Sabda Rasulullah SAW berbunyi : '"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). 
  2.  Akan terbebas dari siksaan api neraka dan sifat nifaq. Sabda Baginda SAW yang bermaksud : "Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)".
  3. Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :
    "Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

    Banyak lagi kelebihan-kelebihan solat SUBUH ini. Semoga dengan ganjaran yang ditawarkan ini, kita akan lebih bersemangat untuk berjemaah dalam setiap solat fardhu bukan tertumpu kepada solat SUBUH sahaja. Wallau a'lam.



    "CARILAH KEKUATAN DI SEBALIK SOLAT SUBUH. UMAT YANG MENJAGA SOLAT SUBUH AKAN TEGUH. SESUNGGUHNYA RAHSIA DISEBALIK KEKUATAN UMMAH IALAH SOLAT SUBUH BERJEMAAH!".
      
      






    P/S : Jom Solat SUBUH berjemaah....Wallahu a'lam. KONGSILAH untuk kebahgiaan bersama..:)

Thursday, February 16, 2012

cbArtis: Basic Kord Gitar untuk Beginner Jer (Gambar)



Assalamualaikum..
Selamat bersua kembali, lama tidak update.. hehe. Wokes, entry kali ni saya nak kongsi sikit dengan pembaca yang minat bermain gitar ni.. Ni untuk beginner je la, sebab yang dah otai2 tu, diorang tak pandang dah basic2 kord camni..hihi. TAPI ingat sebelum jadi otai tu, BASIC kord camni la diorang blajar dulu.. sama la cam kiter.. OK jom lihat dan selamat 'practice'............


P/S : LATIHAN dan LATIHAN, itulah KUNCINYA.. :)



Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!