Saturday, June 18, 2011

kisah sebatang pokok epal

Suatu masa dahulu terdapat sebatang pokok epal yang besar. Seorang kanak-kanak lelaki selalu bermain-main di sekitar pokok epal itu. Dia memanjat dan memetik buahnya. Adakalanya apabila penat dia berehat di bawah pohon. Dia sangat sayangkan pokok itu begitu juga pokok itu sangat sayangkan budak itu.
 
Masa berlalu begitu pantas. Kini budak itu sudah meningkat remaja. Dia sudah tidak banyak menghabiskan masanya bersama pokok epal itu. Suatu hari dia telah datang kepada pokok epal itu dengan wajah  yang sedih . " Marilah bermain di sekitarku, " ajak pokok epal itu . " Aku bukan kanak-kanak lagi, aku tidak gemar bermain dengan kau lagi, " jawab budak itu. Berkata pokok epal itu, " Kalau begitu, petiklah buah epal yang ada padaku dan jualkan untukmu memperoleh wang". Budak remaja itu sungguh gembira lau memetik semua epal yang ada pada pokok itu. Budak remaja itu tidak kembali lagi selepas hajatnya tercapai . Pokok epal itu sungguh sedih.
Suatu hari budak remaja itu telah kembali bertemu pokok epal itu. Dia semakin dewasa dan membuatkan pokok epal itu sungguh gembira. " Marilah bermain di sekitarku,. Aku sangat rindu kepadamu kerana kamu sudah jarang menjengukku," kata pokok itu dengan nada yang sedih. Lalu budak yang telah dewasa itu pun berkata, " aku tiada masa untuk menjengukmu kerana kau telah berkeluarga dan aku terpaksa bekerja untuk mencari rezeki untuk keluargaku. Dapatkah kau menolongku mendapatkan rumah ?". Pokok epal itu berkata, "maaflah, aku tidak mempunyai rumah tetapi potonglah dahan ku yang besar-besar untuk membuat rumah yang kau mahu. "Lelaki tadi sangat gembira dan terus memotong dahan pokok epal itu. Selepas itu dia pergi meninggalkan pokok epal itu. Pada mulanya pokok epal itu tumpang gembira kemudian bertukar sedih kerana lelaki tadi tidak lagi datang menjenguknya.
Pada suatu hari yang panas, lelaki dewasa itu telah datang bertemu pokok epal itu. Dia semakin matang dan dewasa. Lelaki itu berkata, " Aku mempunyai masalah untuk mendapatkan bot kerana aku akan mengelilingi dunia . Bolehkah kau menolongku?".Lalu pokok epal itu berkata " Aku tidak mempunyai bot tatapi kau boleh mengambil batang pokokku ini untuk dijadikan bot agar kau dapat belayar dengan gembira. " Lelaki itu sungguh gembira lalu terus memotong batang pokok epal itu. Walaupun pahit bagi pokok epal itu tetapi kerana sayangkan lelaki itu, , pokok epal itu sanggup berkorban. Kemudian lelaki tadi terus pergi meninggalkan pokok epal itu dalam kesedihan.
Namun pada suatu hari lelaki tadi telah semula bertemu pokok epal itu. Tetapi lelaki itu semakin dimamah usia. "Maafkan aku, aku tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan. Aku hanya ada tunggul dan akar  yang hampir mati", kata pokok epal itu dengan nada yang pilu. Lelaki tua itu berkata, "Aku tidak mahu apa-apa darimu, aku berasa penat dan ingin berehat". Dengan nada yang sayu pokok epal itu berkata, " Jika begitu berehatlah di perduku". Maka berehatlah lelaki tua itu di perdu pokok epal itu. Mereka menangis kegembiraan.
* Sebenarnya pokok epal itu ibarat ibu bapa dan budak itu ibarat anak-anak...
********RENUNGKAN**********
     

No comments:

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!