Monday, June 27, 2011

ketawa, senyum, suko, ngilai dan seumpamanya...

Ketawa ialah satu dari naluri-naluri atau tabiat semulajadi manusia.
Seorang ahli falsafah Greek pernah menegaskan bahawa manusia itu binatang yang pandai ketawa, tetapi manusia tidak ketawa tanpa sebab, bahkan di sebalik ketawa itu, tersembunyi sebab dan pendorongnya yang tertentu. Ahli-ahli jiwa berselisih dalam menentukan pendorong dan sebab yang sebenar yang menyebabkan manusia memecahkan ketawanya itu.
putih x gigiku???hihih


Menurut setengah ahli jiwa, tabiat ketawa itu mempunyai pertalian yang rapat dengan tabiat suka memerintah atau suka keinginan hendak menunjuk kuasa dan kelebihan, dengan erti kata ketawa ialah di dorong oleh kemahuan dan keinginan kita hendak memerintah atau hendak menunjuk kuasa atau kelebihan. 

Hal ini memang ternampak jelas dalam peristiwa-peristiwa berikut, iaitu mengapa kita ketawa apabila kita ternampak seorang yang kacak bergaya tergelincir rebah di tengah jalan, sedangkan kita tidak ketawa apabila kanak-kanak yang kecil, orang tua atau seekor binatang tergelincir rebah di tengah jalan?

Jawabnya, kita tidak ketawakan anak kecil dan orang tua yang telah
rebah itu, kerana mereka ialah bukanlah orang-orang yang setanding dengan kita, bahkan kita memandang taraf mereka sekurang-kurangnya lebih rendah dari kita dan tidak sekali-kali mencabar taraf kita sehingga menggerakkan ke taraf keinginan kita hendak menunjukkan kuasa dan kelebihan kita keatas mereka. 

Kita tidak ketawakan kerebahan mereka ialah kerana kita tidak ingin menunjukkan kuasa atau kelebihan kita keatas mereka yang lemah dan rendah pada pandangan kita. Tetapi sikap kita berlainan pula dengan terhadap orang yang kacak bergaya, kerana orang ini dianggap oleh hati kecil kita sama ada disedari atau tidak disedari sebagai orang-orang yang benar-benar setanding dan setaraf dengan kita yang cuba menunjukkan gaya, kekuatan dan kekayaannya kepada kita. Kelakuan orang ini memang mencabar dan mengugat taraf hidup kita sehingga menggerakkan keinginan kita hendak memerintah dan menunjukkan kekuasaan dan kelebihan kita keatasnya. Oleh sebab itulah bila orang yang seperti ini rebah tergerlincir di tengah jalan, maka kita akan ketawa besar atau sekurang-kurangnya kita ketawa di dalam hati kecil kita apabila dia
seorang yang beradab sopan dan terkadang -kadang kita ketawa dengan sepenuh hati apabila seorang yang rebah itu kebetulan menjadi lawan atau orang yang tidak disukai kita, kerana dengan ketawa itu sampailah cita-cita hati kita untuk melahirkan perasaan senda dan untuk menyatakan rasa puas mendapat kemenangan dan mendapat kelebihan ke atas orang yang telah dianggap mencabar taraf kita itu.

Tegasnya ketawa itu satu kenyataan yang dilahirkan oleh seseorang untuk menunjukkan kelebihannya, kekuasaannya, kepandaiannya, kecerdikannya dari yang lain. Rasa ejek dan senda yang bergelora di hati seseorang yang ketawa atas kesalahannya, kebodohan dan kemalangan orang lain itu adalah satu bentuk dan satu cara pameran tabiat hendak berkuasa dan hendak menunjukkan diri sendiri dan keatas orang yang lain.

Di sana seolah-olah ada perang dingin yang tersembunyi diantara kita dengan orang yang lebih tahu dari kita atau orang-orang yang sebaya dengan kita atau orang-orang yang kita anggap mencabar taraf dan kedudukan kita. Oleh itu sebarang kejadian yang boleh menserbasalahkan kedudukan orang-orang itu atau mejatuhkan mereka akan mendorong kita ketawa menang.

Jadi, kita ketawa ingin merasa senang di atas orang yang lain dan ingin berasa bangga dengan diri kita biarpun untuk beberapa saat.

Ramai orang yang meyangka bahawa orang yang suka ketawa itu kerana dia seorang yang berperibadi periang, tetapi sangkaan itu menurut ahli jiwa adalah tidak tepat. Ketawa itu sebenarnya seperti perbuatan temberang atau seperti perbuatan berangan-angan tinggi adalah dilakukan oleh seseorang apabila dia merasa dirinya terkurang atau terendah dari orang-orang lain. Perasaan yang mendorong seseorang itu berusaha dengan apa cara untuk melindungi dan menutup kekurangan dan kerendahan dirinya yang dirasa olehnya. Kadang-kadang dengan usaha dengan cara negatif, iaitu berangan-angan seperti Mat Jenin dan terkadang-kadang pula dengan cara positif, iaitu seperti berlagak sombong atau ketawa berdekah-dekah dan ketawa ketuan-tuanan atas kesilapan, kebodohan dan kemalangan orang lain.

Istilah 'suka memerintah' adalah mula-mula digunakan oleh Ludwig
seorang pengarang Jerman yang terkenal ketika menganalisakan tabiat ketawa. Beliaulah yang mula-mula menyebut bahawa pendorong yang menggerak seorang itu ketawa ialah keinginan hendak memerintah atau hendak nenunjuk kelenihan dan kehandalannya atau keinginannya untuk mengatasi orang lain. Di dalam hubungan itu Luwig telah membawa satu dongeng burung bayan dengan seekor katak. Ceritanya begini:

Pada suatu hari katak telah menjemput burung bayang kerumahnya. Untuk meraikan kedatangan burung bayan itu, katak telah membawa satu hidangan minuman yang ditaruh dalam satu bekas yang tidak dapat diminum oleh burung bayan, kerana dia tidak dapat menghulurkan paruhnya yang panjang itu. Katak-katak itu telah memecah ketawa nya yang berdekah-dekah bila melihat percubaan yang berhempas-pulas dari burung bayan yang gagal untuk menyedut air kedalam bekas itu. Tidak lama selepas itu Burung bayan menjemput katak-katak ke rumahnya. Untuk membalas dendam katak-katak itu, burung bayan telah menghidangkan jamuannya dalam bekas yang tidak dapat tercapai oleh mulut katak-katak yang pendek itu. Bila katak-katak kelihatan terhegeh-hegeh hendak memakan minuman itu, maka burung bayan pun meletuskan ketawa berdekah-dekah.

Didalam dongeng ini teryatalah bahawa kita pendorong burung bayan dan katak-katak itu ketawa terhadap satu sama lain adalah perasaan menang, perasaan bangga dan berpuas hati atas kelebihan masing-masing.

Teori ini adalah sesuai dengan kenyataan yang pernah ditegaskan oleh ahli falsafah Hobbes bahawa ketawa itu adalah gejala dari kebahagiaan jiwa dan kelucuan itu satu jalan bagi melahirkan kesukaan untuk menewaskan susah derita dan pahit getir hidup yang dialami oleh manusia. Dengan ini Hobbes seolah-olah telah menolong memperluaskan lagi pengertian ingin berkuasa sehingga meliputi kehendak mengatasi dan menewasi susah derita dan pahit
getir hidup di bumi kenyataan ini. Orang-orang yang meminati cerita-cerita, filem-filem, komenter-komenter dan pemandangan lucu adalah orang-orang yang mencari sumber ketawa untuk melupakan penanggungan-penaggungan hidupnya yang pahit atau untuk mengatasi tekanan-tekanan keserabutan, kerunsingan dan penderitaan yang berkecamuk di dalam jiwa mereka.

Dengan sekilas pandangan atau tinjauan seimbas tentulah sukar kepada seseorang untuk menyatakan bahawa ketawanya itu adalah didorong oleh keinginan untuk berkuasa atau hendak menunjuk kelebihannya. Dan kesukarannya akan lebih berat lagi dirasai apabila keinginan hendak berkuasa itu difahamkan dengan pengertiannya yang sempit, iaitu hendak memeritah, sedangkan keinginan berkuasa yang kita maksudkan di sini ialah keinginan berkuasa dengan pengertiannya yang meluas iaitu yang meliputi segala keinginan dan kemahuan dan hendak mengatasi, mengalah, menewas, membangga dan menunjuk diri, menarik perhatian, mengambil hati, melahirkan perasaan menang, perasaan senda dan ejek dan sebagainya dari penyataan-penyataan dan gejala-gejala yang menimbulkan oleh keinginan hendak mengatasi, menewasi dan
menunjuk diri.

Jika pengertian keinginan hendak berkuasa itu difaham dengan luas seperti tadi, maka tentulah akan ternyata kepada kita bagaimana tepat dan luasnya kebenaran teori ini untuk mentafsirkan sebab-sebab berbagai-bagai ketawa yang diletuskan oleh manusia.

Ketawa itu memberi kesegaran kepada jiwa, kerana orang-orang yang sedang ketawa berdekah-dekah akan dapati dirinya dibuai oleh rasa senang dan menang atas rasa duka deritanya, rasa bangga dan besar hati, rasa terkapai maksud dan kehendaknya. Ketawa juga satu hukuman atau dera siksa sosial yang pedih. 
xd adab btol ltawa cmni hehe

Oleh sebab itulah orang-orang yang kena ketawa akan merasa dirinya terhina, Merasa kehormatannya dicerobohi, merasa kebanggaan dirinya hancur dan merasa kedudukannya kalah dan tewas.

Gejala-gejala seperti ini tidak syak lagi memberi satu gambaran yang
nyata betapa rapatnya perhubungan ketawa dengan keinginan berkuasa yang menjadi tabiat semulajadi manusia.

Hinggakan ketawa orang yang muka tebal atau muka papan yang tidak terjejas atau terkesan oleh ketawa-ketawa orang terhadap dirinya juga tidak sunyi dari unsur-unsur perasaan ingin berkuasa dan ingin mengusai. Umpamanya dia berkentut di tengah majlis yang ramai, tiba-tiba orang disekeliling kelalangnya ketawa berdekah-dekah dan bila dilihat semua orang ketawakannya, maka dia pun turut meletuskan ketawa terbahak-bahak seolah kejadian itu
terjadi keatas diri orang lain. Mengapa dia ikut ketawa? dia ikut ketawa kerana dia mahu memperkecil sikap orang-orang yang ketawakan kentutnya dan kerana dia mahu menyelamatkan air mukanya dengan berlindung di balik ketawa-ketawa yang seolah-olah dia hendak mengistiharkan kemenangannya "aku tidak terjejas oleh ketawa kamu, aku bukan orang lemah yang boleh
diseksa oleh ketawa kamu, atau aku ejek balik ketawa kamu itu."

Kadang-kadang kita ketawa kerana mengambil hati atau menarik perhatian. Oleh itu, perkataan-kerkataan, perbuatan-perbuatan telatah-telatah yang tidak berisi dengan unsur-unsur kelucuan yang tajam dan tidak wajar mendorong kita ketawa besar seringkali membuat kita ketawa besar apabila perkatan perbuatan, perbuatan dan telatah itu terbit dari orang yang kita sukai dan kita ingini mengambil hati dan memenagi kemesraannya. Dari sini dapatlah kita mengerti mengapalah kita tidak ingin ketawa bila kelucuan- kelucuan itu terbit dari orang yang kita biarpun kelucuannya itu cukup berisi dengan unsur-unsur penggeli yang boleh membangkitkan ketawa kita. Sebabnya kita dari awal lagi tidak ada persediaan untuk mengambil hatinya. Pendeknya kita ketawanya telatah-telatah orang yang kita sukai dan sayangi itu kebanyakannya bukan kerana telatah-telatah itu mengandungi unsur-unsur kelucuan yang benar-benar pengeli, tetapi kerana didorong oleh keinginan kita hendak mengambil hatinya dan merebut kemesraan dan kepercayaannya.

Di sini sekali lagi kita lihat dengan terangnya bagaimana keinginan
hendak berkuasa itu memainkan peranannya di belakang ketawa-ketawa sosial kita kerana keinginan hendak mengambil hati itu adalah satu penyataan dari keinginan hendak berkuasa.

Tetapi mengapa kita ketawa cerita-cerita lucu, gambar-gambar kartun, lakonan-lakonan Tompel, Ismail Botak, Aman belon dan lain-lainnya? Di manakah motif keinginan berkuasa di dalam ketawa-ketawa yang seperti ini?

Di dalam ketawa-ketawa seperti ini, yang sebenarnya kita ketawa bukan kerana hendak menguasai atau mengatasi si Tompel, Ismail Botak dan Aman Belon,
tetapi kita ketawa kerana mereka telah berjaya:

( 1 ) Memberi sindiran yang tajam kepada orang-orang, golongan-golongan dan fikiran-fikiran yang tertentu yang memang mencabar kita atau tidak disukai kita.

( 2 ) Mengambarkan ejekan, sendaan dan penghinaan kepada orang-orang, golongan-golongan dan fikiran-fikiran yang tertentu yang memang mencabar kita atau tidak disukai oleh kita.

( 3 ) Memperlihatkan ketololan, kebodohan, kebingunan, kelemahan dan kecacatan kita yang membangkitkan sendaan kita.

Pendeknya, yang menjadi sandaran ketawa kita yang sebenar bukannya si Tompel, Ismail Botak dan Aman Belon, tetapi ialah orang-orang, golongan-golongan dan fikiran- fikiran yang mencabar kita yang telah ditindas oleh Tompel, Ismail Botak dan Aman Belon dengan kelucuan mereka yang pedas. Tegasnya kita ketawakan si Tompel dan rakan-rakannya ialah kerana mereka terkoyong-koyong telah menolong kita untuk menyendakan orang-orang, golongan-golongan, fikiran-fikiran, ketololan-ketololan dan kelemahan-kelemahan yang mereka tidak setujui. Di sinilah, letaknya motif keinginan hendak berkuasa, kerana senda-menyenda, ejek-mengejek itu adalah bentuk dari penyataan ingin berkuasa dan menguasai.

Tetapi sebaliknya kita tidak ketawa, bahkan akan marah apabila cerita-cerita, filem-filem dan lakonan lucu itu cuba menggunakan orang-orang, golongan-golongan atau fikiran-fikiran yang kita hormati dan pujai itu sebagai sasaran dan landasan untuk dilucu dan
disenda-sendakan mereka kerana kita memang dari mula lagi tidak sekali-kali ingin memperkecil-kecilkan mereka yang kita hormati dan pujai itu.

Kadang-kadang pula kita ketawakan ahli-ahli lawak jenaka itu ialah
kerana mereka telah membuat tiru-tiruan dan ajukan yang sungguh tepat dan berjaya sehingga membangkitkan kesukaan kita untuk menyertai kejayaan dan kemenangan mereka.

Hinggakan di dalam ketawa-ketawa kena geletek atau kena sentuh bahagian anggota-anggota geli yang tertentu pada tubuh kita juga tidak sunyi dari unsur keinginan hendak berkuasa, kerana ketawa kita di waktu itu bukan semata-mata kerana geli, tetapi juga kerana mengambil hati orang-orang yang menggeletek kita yang memang kita sukai itu. Oleh sebab itu kita tidak ketawa bahkan kadang-kadang kita marah apabila kita digeletek oleh orang-orang yang kita benci atau orang-orang yang kita tidak ingin mengambil hatinya.

Kadang-kadang pula kita ketawa untuk menutup kekurangan atau melindungi kelemahan kita seperti kita ketawa apabila kita sedar telah melakukan satu kesilapan, dan bererti bahawa kita cuba mengatasi kelemahan dan kekurangan kita dengan ketawa. Orang-orang yang terikut ketawa di dalam majlis-majlis dan perhimpunan-perhimpunan ramai, sedangkan mereka kadang-kadang tidak mengetahui hujung pangkal kelucuan yang diketawakannya itu yang sebenarnya bukanlah kerana mereka tidak mahu dianggap tidak faham oleh orang lain seolah-olah mereka mahu menyatakan dengan ketawa mereka "Aku juga faham seperti kamu" walaupun mereka tidak faham. Demikianlah besarnya keinginan mahu berkuasa mendorongi manusia meletuskan ketawa mereka yang terbahak-bahak dan berdekah-dekah.

Thursday, June 23, 2011

lelaki oh lelaki... btol ke kau ni ego sngt??

Hadoi…ada ke lelaki cmni??? Naper ye??. mengapa perkataan ‘maaf’ begitu

sukar keluar dari mulut lelaki. ..layann zassssss…




 Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi


Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri.



Memperlihatkan Kelemahan Diri

Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan diri lelaki secara terang-terangan. Sama seperti alasan pertama yang berkaitan dengan gambaran persepsi, kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.


Tidak Suka Mengaku Kesalahan


Segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Sudahlah enggan meminta maaf, golongan ini juga sebaliknya bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah.




Bimbang Maaf Tidak Diterima



Segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang maafnya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.




sekadar berkongsi bersama................. :-)

Tuesday, June 21, 2011

fakta menarik...

1. Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas.



2. Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.


3. Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.



4. Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.



5. Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

Monday, June 20, 2011

Tafsiran Jari Jemari Anda.....

Perjalanan hidup manusia pada jari jemari
P elbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.


Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di jari manakah kita sekarang??

Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.


Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Saturday, June 18, 2011

kisah sebatang pokok epal

Suatu masa dahulu terdapat sebatang pokok epal yang besar. Seorang kanak-kanak lelaki selalu bermain-main di sekitar pokok epal itu. Dia memanjat dan memetik buahnya. Adakalanya apabila penat dia berehat di bawah pohon. Dia sangat sayangkan pokok itu begitu juga pokok itu sangat sayangkan budak itu.
 
Masa berlalu begitu pantas. Kini budak itu sudah meningkat remaja. Dia sudah tidak banyak menghabiskan masanya bersama pokok epal itu. Suatu hari dia telah datang kepada pokok epal itu dengan wajah  yang sedih . " Marilah bermain di sekitarku, " ajak pokok epal itu . " Aku bukan kanak-kanak lagi, aku tidak gemar bermain dengan kau lagi, " jawab budak itu. Berkata pokok epal itu, " Kalau begitu, petiklah buah epal yang ada padaku dan jualkan untukmu memperoleh wang". Budak remaja itu sungguh gembira lau memetik semua epal yang ada pada pokok itu. Budak remaja itu tidak kembali lagi selepas hajatnya tercapai . Pokok epal itu sungguh sedih.
Suatu hari budak remaja itu telah kembali bertemu pokok epal itu. Dia semakin dewasa dan membuatkan pokok epal itu sungguh gembira. " Marilah bermain di sekitarku,. Aku sangat rindu kepadamu kerana kamu sudah jarang menjengukku," kata pokok itu dengan nada yang sedih. Lalu budak yang telah dewasa itu pun berkata, " aku tiada masa untuk menjengukmu kerana kau telah berkeluarga dan aku terpaksa bekerja untuk mencari rezeki untuk keluargaku. Dapatkah kau menolongku mendapatkan rumah ?". Pokok epal itu berkata, "maaflah, aku tidak mempunyai rumah tetapi potonglah dahan ku yang besar-besar untuk membuat rumah yang kau mahu. "Lelaki tadi sangat gembira dan terus memotong dahan pokok epal itu. Selepas itu dia pergi meninggalkan pokok epal itu. Pada mulanya pokok epal itu tumpang gembira kemudian bertukar sedih kerana lelaki tadi tidak lagi datang menjenguknya.
Pada suatu hari yang panas, lelaki dewasa itu telah datang bertemu pokok epal itu. Dia semakin matang dan dewasa. Lelaki itu berkata, " Aku mempunyai masalah untuk mendapatkan bot kerana aku akan mengelilingi dunia . Bolehkah kau menolongku?".Lalu pokok epal itu berkata " Aku tidak mempunyai bot tatapi kau boleh mengambil batang pokokku ini untuk dijadikan bot agar kau dapat belayar dengan gembira. " Lelaki itu sungguh gembira lalu terus memotong batang pokok epal itu. Walaupun pahit bagi pokok epal itu tetapi kerana sayangkan lelaki itu, , pokok epal itu sanggup berkorban. Kemudian lelaki tadi terus pergi meninggalkan pokok epal itu dalam kesedihan.
Namun pada suatu hari lelaki tadi telah semula bertemu pokok epal itu. Tetapi lelaki itu semakin dimamah usia. "Maafkan aku, aku tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan. Aku hanya ada tunggul dan akar  yang hampir mati", kata pokok epal itu dengan nada yang pilu. Lelaki tua itu berkata, "Aku tidak mahu apa-apa darimu, aku berasa penat dan ingin berehat". Dengan nada yang sayu pokok epal itu berkata, " Jika begitu berehatlah di perduku". Maka berehatlah lelaki tua itu di perdu pokok epal itu. Mereka menangis kegembiraan.
* Sebenarnya pokok epal itu ibarat ibu bapa dan budak itu ibarat anak-anak...
********RENUNGKAN**********
     

Monday, June 13, 2011

Aku Yang Kehilangan....

Assalamualaikum.........

Siapa yang kehilangan itu??
urmmmmm... xd lah,sbenarnya time aku post entry ni masa asyik aja melayan lagu rock cintan dulu2..ala lagu Segalanya Ku Terima yang dinyayikan oleh Ilusi, dan skarang dipopularkan pulak oleh Hazama AF pulak.. mesti ramai yang tahu dan hafal lagu ni kan???haha.............. apapun, aku tak nak lah cerita pnjang2 pasal lagu ni (walaupun lagu ni salah satu my feveret tau...)hehe....
Haaaaaaa tu  dia kumpulan Illusi..hehe

Apapun, siapa yang hilang ke, barang hilang ke, tu sume tak penting....... So apa yang PENTING???

Sebenarnya yang perlu kita amik ihtimam adalah diri sndiri, susah payah kita mengejarnya, last2 hilang ghaib begitu saja.. oh rugi btol kan??? itulah dia ILMU..Kita berusaha, belajar tp last2 kita jugak tak amalkan ilmu yang duk blaja tu.. pepatah arab ada menyatakan "Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah"... sia2 saja..


tengok, pokok yang tidak berbuah ni..hehe

Kalau saya la, pokok yang tidak berbuah ni sapatutnya ditebang dan digantikan dengan pokok lain yang boleh meghasilkan buah yang banyak dan baik. Ini kerana peranan yang sepatutnya dimainkan olehnya tidak berfungsi lagi (walaupun sbnrnya tmbuhan ni adalah salah satu hidupan yang mengimbangi ekosistem kite..tp lantaklah..hahaha).... Begitulah jugak pada diri kita, sia2 kita hidup tanpa mengamalkan ilmu yang ada..

Apapun, kita bermuhasabah diri kita... Amalkan ilmu yang kita belajar.. Semoga kita success selalu................ Gud Luck For All..hehe.........

Sunday, June 12, 2011

Sebalik Cerita F# dan Dm

Assalamualaikum sahabat2 semua….
Firstnya,  mgkin sesetengah orang tak tahu maksud F#?di tambah lagi Dm? iya…………………sebenarnya aku sndiri pun tak paham,apa kehel maksud itu semuanya??hahahaha……………………. opss!! Jangan marah, gurauan semata-mata..hehe.

Biar aku terangkan, maksudnya aku campare antara kord2 gitar je.. bagi beginner, susah sket nak tukar antara dua kord ni,tp bg professional, aku tabik!!..malah lebih dari itu lagi siap guna jari kaki lagi (sori gurau jer brader2 gitarist kat luar sana tu ye)..hehehe.


bertatih main gitar yea...hehe
 Ok2…..Di sini,aku nak ceritakan sket pengalaman yang pernah dilalui oleh sahabatku.. antara dua kord tersebut,susah la jugak nk praktis time mula-mula dia “dakap” gitar kapoknya.(cerita dulu2 pasal men gitar daa…hihi). Tetapi lama kelamaan,dengan berkat kesungguhan dan kesabarannya..akhirnya dengan selamba dia boleh change kord by kord tanpa melihat pada fret gitar kapoknya..







kekalahan sekali bukan bermakna kalah selamanya...

Ya, itulah dia..hakikat kehidupan… selalu kita terjemahkan dalam kehidupan seharian. Bermakna setiap perkara kita perlu bersusah-susah dahulu, sebelum beroleh kesenangan. Itulah realitinya, Sunnatullah…
Ermm…..Tinggalkan sejenak cerita gitar di atas, cuba kita fikirkan,perhatikan dan lihat bagaimana titik bidayah bagi sang juara?? Adakah kejayaannya datang bergolek?? TIDAKK!!! Mereka sebenarnya telah kalah dan kalah,akan tetapi mereka juga bangkit dan terus bangkit, meneliti,menganalisa, mentafsir setiap kekalahan tersebut dan menukarkannya kepada ????????? KEJAYAAN.!! 

 So,  saya percaya majoriti sahabat di luar sana dah melalui, merasai, mengecapi setiap suka duka, mehnah ranjau dalam hidup ini.. tetapi kesudahannya, bergantung pada diri ANDA jua..



ya!! aku hebat dan aku mampu berjaya, aku akan miliki kejayaan itu....


Semuanya bermula dari diri, DIRI ANDA PERLU MENGUBAHNYA, KEJAYAAN SEGUNUNG DIPEROLEH DARI KESUSAHAN SELAUTAN..(ntah pape peribahasa aku tak tahu..hahaha)..  
Izinkan saya petik sedikit dari cebisan Al-Quran, Surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6 :
“Sesungguhnya disamping kesusahan itu ada kemudahan (5). Sesunguhnya juga disamping kesusahan itu ada kemudahan(6).”
Maka, sama-samalah kita berusaha untuk menggapai kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi, sesungguhnya itulah janji Allah s.w.t, yang tinggal hanyalah setakat mana usaha kita dalam mengejarnya..  hehe...
Lastly, saya  mahu Berjaya, anda juga mahu Berjaya… so rajin2 lah berlatih gitar pagi petang siang dan malam…heheehe.

Saturday, June 11, 2011

Mengenal Siapa Yahudi ??

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia
akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaumyang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkankejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah
merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun
Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja
Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .
Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan
melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku
sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".
 
Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka. Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu.

Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan
Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba. Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa
konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap
mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah. Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.
Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai
dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh . Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain. Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. 

Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala
wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian. Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan.

Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan
Yahudi:
· Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
· Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut
fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk
pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada
tahun 1394.
· Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka
memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
· Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
· Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali
semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria
Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
· Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun
1420.
· Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
· Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
· Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku
penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu
Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
· Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919. Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.
Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.
Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. 
Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.
Disebut dalam Talmud lagi:
Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan
Yahudi boleh merampas hak tersebut. Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain. Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi. Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.
Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan
Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam
terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh
Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka. Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang
Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai
sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".
 
Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan
Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

dipetik dari darulnuqman.com

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!