Sunday, May 6, 2012

cbCeritaku: In Progress Komik Baru

Assalamualaikum..
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.. Hmm, hari ini pagi-pagi hujan dah turun, terasa mau tidur plak, biasa la kan, hari cuti, hujan renyai-renyai pulak tu..hehe. Tapi sebelum tu, saya nak update sket hari ini sebelum berselimut di atas katil yang empuk itu..:)
Sekarang ni saya dalam proses untuk siapkan satu animasi bergambar, siri Islamik sikit.. mungkin ianya akan saya update secara bersiri, sebab saya pun nak buat secara bersiri jugak..hihi.
Animasi bergambar ni, saya buat cerita berkisar sebuah kisah yang telah diceritakan dalam Al-Quran, berkenaan dengan kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua), yang sejarahnya mempunyai banyak pengajaran dan iktibar untuk kita hayati bersama..


Nah, preview yang saya sedang siapkan.. Susah jugak ye, perlukan idea untuk susun plot cerita ni, walaupun ceritanya sudah sedia ada, tapi saya kena ubah sket supaya jalan ceritanya tidak meleret panjang, dan fokus kepada plot yang utama saja..


Designnya taklah menarik sangat, maaflah sebab I'm the beginner je, baru mencuba-cuba dalam seni macam ni, lebam mata-mata duk mengadap lappy sebab benda ni tau..hehe :)

Di sini sedikit cerita mengenai Ashabul Kahfi..

Kisah Ashabul Kahfi (Bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.

Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.

Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
"Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka."

Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir.
Sumber: Di sini



Wallahu a'lam..

P/S: Nantikan kemunculannya ye..:)

Saturday, May 5, 2012

cbKomik: Jaringan 'Chanturbo'

Assalamualaikum..
Ya, bagi peminat TRW (The Red Worriors), siapa yang tidak kenal kepada nama ini, S. Chanturu ataupun nama gelarannya Turbo Kelate ni..hehe, pada perlawanan saingan Liga Super dengan pasukan Lions IVV di Kota Bharu pada 4/5/2012, dia telah menjaringkan gol yang menarik dan boleh dikatakan ter'cantik' pernah dihasilkan dalam saingan musim ini (katanya pengulas Zainal Abidin Rawob)..:)
Jadi, saya buatlah satu preview pasal gol semalam, yang adik kakak tak boleh tidur kan bila teringatkan gol itu???hehehe..

Jeng.. jeng.. jeng..


Kalau gambar tak jelas, download je..:)

Moga terhibur kepada peminat TRW terr.. (saya pun salah sorang..hehe).

P/S: Komen-lah  jika ada yang perlu diperbaiki lagi.. SEBAB??? Saya budak baru belajar..:)

cbMacam2: Buat Komik?

Assalamualaikum...
Hari ini hari cuti, jadi boring dan tak tau nak buat apa.. Nak ulangkaji, malas, tidur pun melebihi 'dos' dah, apatah lagi makan, memang full perut ini..hehe.
Jadi sambil-sambil saya mengadap laptop yang biru tua ini, 'create' la satu komik terpendek atas muka bumi, just 1 page sahaja. Biasa la kan, ini adalah first time saya cuba buat benda macam ni, jadi idea dan kekretivitian pun belum terasah lagi, tapi apapun, saya berpuas hati terhadap idea pertama saya ini.. :)

Jom lihat hasilnya.... :)




Inilah dia, moga-moga suatu hari nanti, aku dapat hasilkan satu buku komik islamik punya..amin.

P/S: Doakan ye sobat2..:)

Wednesday, May 2, 2012

cbKomik: Doa Ibu


Assalamualaikum..

Jom kita layan sekejap kisah pada hari ini. Doa ibu menjadi pembakar semangat kepada kita semua..:)





P/S: Syurga di bawah telapak kaki ibu..:)


Tuesday, May 1, 2012

cbPetua: Comelkan Kulit Muka


Assalamualaikum..
Nah, petua orang tua-tua dulu, untuk mencantikkan kulit muka bagi lelaki ataupun wanita.


  1. Tomato dan epal. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
  2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin. 
  3. Kayu cendana. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan. 
  4. Kulit pisang emas. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. 
  5. Kacang hijau. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri. 
  6. Segelas susu segar. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan  mendapat kulit muka yang gebu dan licin.
Amalkan selalu petua ini, insyaAllah menjadi. Jangan cepat berputus asa, setiap kejayaan itu memerlukan usaha yang tidak putus-putus, barulah kejayaan yang dikecapi itu terasa nikmatnya. Wallahu a'lam..... :)

P/S: Share-lah artikel ini untuk perkongsian bersama. :D

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!