Assalam semua..
Kongsi sana sini, apa habaq ari ni sumer?? ambe harap smuanya dalam keadaan siahat sejahtera hendaknya.. insyaAllah.. hari ni jom kita kongsi kelebihan Lailaha Illa Allah, satu perkataan, merupakan kunci pintu syurga...
Di mana saja kita berada, bila pun masanya, keadaan kita.. tentukan kita sllu melafazkan perkataan ini, besar maknanya.. fadhilat kelebihannya ialah :
1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang
masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir
yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk
kebaikan yang tertinggi.
2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah
orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan
jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.
3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang
membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam
hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan
dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan
di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji
gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang
membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan
dri api Neraka Jahanam”.
4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha
illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia
melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina
dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)
5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa
perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai
Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW
menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.
6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah
7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu
dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.
8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu
dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing
yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha
illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini
sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa
besar.
MOGA2 KITA SEMUA MENDAPAT MANFAATNYA..AMINN
So, never forget to say ...................... "Lailaha Illa Allah"..
sumber rujukan : Kelebihan Berzikir Dengan Kalimah Lailahailla Allah
No comments:
Post a Comment