PERKONGSIAN BERSAMA:
Inilah anggur kering
Telah disebutkan oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi dalam kitabnya "At-Tibb Nubuwwah" berkaitan dengan sunnah Rasulullah Sallalahu a'lai wasallam memakan zabib ataupun anggur kering. Beliau telah meletakkan anggur kering ini adalah salah satu daripada makanan untuk kesihatan kerana Rasulullah Sallalahu a'lai wasallam sendiri mengajar kita untuk mengamalkan makan zabib ini.
Disebutkan, Imam Ibn Shihab Az-Zuhri ( salah seorang imam yang mengumpul hadith-hadith -lahir 50H dan meninggal 125H) pernah berkata :"Sesiapa yang ingin menghafal Hadith, hendaklah dia memakan zabib (kismis)". Inilah yang telah diamalkan oleh beliau, dan beliau menolak makan epal yang masam kerana tidak elok untuk ingatan.
Antara kelebihannya ialah :
1- Membersihkan hati.
2- Menguatkan daya ingatan.
3- Mencerdaskan minda.
4- Menyembuhkan penyakit lupa.
ZABIB (ANGGUR KERING) merupakan salah satu makanan kesihatan Rasulullah SAW dan para Sahabat |
Telah diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Saidina Ali Karramallahu wajhah telah berkata " Sesiapa yang mengamalkan makan zabib (anggur kering) sebanyak 21 biji setiap hari, maka dia tidak akan pernah merasaikan sesuatu yang membinasakan tubuhnya". Ketahuilah, dengan menamalkannya, ianya dapat menghilangkan kepenatan tubuh, dapat menenangkan hati yang sedang marah, mengelakkan lendir, melancarkan hubungan seksual dan menjernihkan wajah dan raut muka.
Kismis mengikut kajian Sains Moden :
1- Melindungi hati.
2- Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3- Melawaskan pembuangan air besar.
4- Memperbaiki tone dan keanjalan kulit.
5- Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6- Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi. Sumber : Amirul Asril
Oleh itu, marilah sama-sama kita amalkan sunnah Rasulullah Sallalahu a'lai wasallam dan para sahabat ini, disamping mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Sesungguhkan mengamalkan sunnah itu lebih baik daripada harta setinggi bukit yang kita miliki. Wallahu a'lam......
No comments:
Post a Comment