Sunday, March 25, 2012

cbCeritaku: Tertunai Jua Hajat



Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, syukur hari ni, akhirnya tertunai jua hajat ambe untuk menyimpan emas. 
Sekarang ni dalam simpanan sendiri dah ada 5 keping dinar Kelantan, hehehe.. 

Dinar Emas Kelantan
Kenapa ye aku beria-ria sangat nak simpan emas ni, daripada simpan duit??
Haa..tu la yang kamu semua tak sedar. 
Sebenarnya emas ni penting dan sesuai untuk kegunaan kita sepanjang masa.

Al-maklum la, kalu tak nape la orang tua-tua dulu cipta perumpamaan, masa itu emas?? so, kalau la masa itu tersangat penting, sama halnya emas ini, penting jugak la..hehe. Seminit kita terlepas, tidak boleh diundur semula.. ruginya kalau kita leka seminit kan. Malah pepatah Arab ada menyebutkan " Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memotong dia, dia akan memotong kamu balik".

Ingatlah kamu 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara

Kalau mengikut sejarah la, emas ini sejak zaman dahulu lagi digunakan sebagai matawang. Lihatlah kerajaan Babylon, Mesopotamia, Mesir Purba hatta sehingga kepada zaman Rasulullah SAW dan zaman khilafah Islamiyah, mereka  semua menggunakan dinar dan dirham sebagai matawang untuk urusan seharian..
Untuk pengetahuan kamu, emas ( xkira la dalam bentuk matawang ke, jongkong ke, kepingan ke dll)  ini tidak akan jatuh nilainya. Malah makin lama akan menaik, tidak seperti wang kertas yang digunakan sekarang, jika lingkup la sesebuah negara tu, maka jadi kertas la matawang negara itu, sudah tiada nilai lagi. Tak caya tgk la sendiri, matawang Jepun ketika jatuhnya negara kita kepada British (slepas Jepun memerintah Malaya selama 2 tahun), jadi macam daun pisang daa, tak laku... iskh2...

Statistik nilai 1 dinar ( nilai yang seimbang)
                                           Sumber : Islamic Mint Malaysia 
                                                             chart bertarikh 25/03/2012



Dalam Al-Quran dan Hadith juga ada mengkhabarkan  kepada kita tentang kehebatan logam emas ini. Allah SWT akan menyediakan kepada penghuni-penghuni syurga kelak daripada emas2 dan intan permata.
Sejarah juga membuktikan nilai emas tidak pernah susut atau hilang harganya. Pada zaman Rasullullah SAW, harga seekor kambing adalah sebanyak 1 dinar dan pada masa sekarang iaitu selepas 1400 tahun, lamanya, harga seekor kambing juga adalah 1 dinar. 
“Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW bersabda, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Wallahu a'lam.... :). Keep elok2 ye emas tu. hehe

No comments:

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!