Alhamdulillah, baucher buku yang saya dapat sebanyak RM 200.00 itu telah dibelanjakan untuk membeli buku. Sekali borong je, abis 4 keping baucher yang bernilai RM50 setiap satu tu..hehe. Semuanya saya beli kat Kedai Buku MPH, di Mid Valley. Sambil-sambil makan angin sana, sempat jugak habiskan masa dalam sejam lebih tuk cari buku-buku yang menarik hati ini untuk dibeli. Nah inilah dia hasilnya buku-buku yang saya manfaatkan daripada baucher free tersebut :
1- PERUBATAN CARA NABI SAW PASTI SIHAT
2- SEBARKAN CINTA-MU
3- MISTERI PASUKAN PANJI HITAM
4- IMAM-IMAM YANG BENAR
5- BELAJAR BERMAIN GITAR DALAM 30 HARI
(no preview) hehe
6- BETTER ENGLISH SERIES
(no preview)hehe
7- RAHSIA SIMBOL YAHUDI
Inilah buku-buku yang saya telah belanjakan dengan baucher tu, anda pulak bagaimana?
Jom sama-samalah kita amalkan budaya membaca, jadikan ianya sebagai amalan hidup seharian kita. Ini kerana Islam telah mengajar umatnya untuk membaca, dan betapa pentingnya membaca ini, sehingga wahyu yang pertama diturunkan adalah mengenai Iqra' iaitu "bacalah".. Jadilah kita sebagai umat yang rajin membaca ye.. :)
"MEMBACA AMALAN MULIA"