Friday, August 26, 2011

Tidur..

Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
Imam Ibn Qaiyim pernah berkata:  "Sesiapa yang meneliti cara tidur dan
jaga Rasulullah saw, akan mendapati bahawa tidur baginda adalah yang
paling
seimbang dan paling bermanafaat untuk badan, anggota dan kekuatan.
Baginda tidak pernah tidur lebih dari  kadar yang dihajati dan tidak
pernah
mencegah dirinya daripada kadar  keperluannya."

Rasulullah saw biasanya mengatur waktu tidurnya:  "Sehampir-hampir
Allah
kepada hamba-Nya ialah di bahagian akhir malam. Dan sekiranya kamu
berkuasa untuk menjadikan diri kamu salah seorang yang mengingati Allah
di
waktu
ini maka lakukanlah." (Riwayat Tarmizi dan Abu  Daud)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:   "Hendaklah kamu bangun malam
kerana itu adalah kebiasaan amalan orang-orang yang soleh sebelum kamu.
Sesungguhnya bangun malam itu mendekatkan diri kepada Allah, menutup
segala dosa, menghilangkan penyakit  kepada tubuh badan dan menjauhi
kekejian."
(Hadith Riwayat Tarmizi)

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:  Tidur sedikit di waktu
tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini
dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam
hari.

Ibn Qaiyim menambah:  "Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan
mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak
bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit
radang
limpa,
melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah
ketika
awal hari
(matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang
hari
(selepas Asar)."

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu
Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:  "Bangun! Apakah kamu tidur
diwaktu
rezeki dibahagi-bahagikan?"

Setengah ulama mengatakan:  "Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga
terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada
dirinya
sendiri.

No comments:

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!