Sunday, April 29, 2012

cbFakta: Ingat 5, Petua Berjaya


Assalamualaikum...
Ingat 5 nikmat yang dirasai sebelum datangnya 5 ujian yang tidak dapat dielakkan. Kebanyakan manusia terlupa dengan 5 perkara ini. Mereka sibuk dengan urusan masing-masing dalam mengejar 'reward' duniawi tanpa menoleh sedikit pun kepada urusan mereka terhadap akhirat. Sepatutnya kita kena beringat terhadap perkara yang akan menentukan nasib di 'sana'. 
Ok, 5 perkara tersebut ialah:

1.Sihat sebelum sakit.





2.Lapang sebelum sempit.





3.Kaya sebelum miskin.





4.Muda sebelum tua.






5.Hidup sebelum mati.





Ya, betul tu. Inilah petua untuk kita berjaya, bukan setakat di dunia, bahkan akhirat sana, kita dapat akan 'bahagian' kita sebagaimana yang dijanjikan, jika kita selalu berhati-hati dengan 5 perkara ini. 
Tertampar saya dengan salah satu kata-kata dari Buya Hamka, beliau berkata, "Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup, kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja". Masya-Allah, setakat mana kita menghayati kata-kata dari ulama' mujahid ini, seorang ulama' tasawuf moden, memberikan peringatan kepada kita tentang tujuan hidup di muka bumi ini. Hidup ini satu survivor, gagalnya kita kerana tidak memanfaatkan 'journey' ini dengan sebaik mungkin. 
Berbalik kepada 5 perkara di atas, nikmat seperti sihat, waktu lapang, kekayaan, masa muda dan diberikan nyawa untuk hidup adalah nikmat yang harus dimanfaatkan. Kenapa bila gagal barulah kita mengadu kepada Allah, sedangkan ketika di puncak langsung tidak kita ingat kepadanya? 
Nah, hidup sekadar hidup, diumpamakan seperti binatang, mereka pun hidup juga, tapi yang membezakan manusia dengan binatang adalah hidup manusia bertujuan. Ada target of life. Sebab tu la kita perlu ada bekalan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Diumpamakan seperti kita bekerja dalam satu syarikat, mesti ada matlamat yang hendak dicapai sama ada berbentuk tactical plan, operational plan ataupun strategic plan. Ini kerana setiap perancangan yang digarap itu kelak nanti akan mng'kaya'kan kita. Begitu juga kita hidup, orang yang kaya di akhirat kelak ialah mereka yang bersedia dengan bekalan amal soleh yang mencukupi sebelum mati. Wallahu a'lam..

P/S: Berkongsi ilmu itu sedikitpun tidak merugikan, bahkan ianya merupakan perniagaan yang tidak pernah rugi. :)

No comments:

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!