Pada suatu hari jumaat yang hening, Jali naik bas ke masjid untuk
menunaikan sembahyang jumaat. Emaknya memberikan seringgit untuk
tambang bas pergi dan balik memandangkan dia dah pon makan tengahari di
rumah. Ini disebabkan perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Jali pon membayar
tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem lagi kacak itu. Lalu konduktor tu
pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Jali
pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.
Setibanya dia di
masjid, Jali pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama
sudah pon penuh adanya. Setelah selesai berkhutbah, pak imam pon
mengimamkan solat fardu Jumaat berjemaah itu. Semasa para jemaaah rukuk ...tiba2
duit 50 sen Jali jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan
orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di
panas2 terik tu..dia pon berbisik kepada orang dihadapannya...
Jali:
"jangan ambik duit aku tu, aku nak buat tambang balik nanti.." .. Lalu
orang itupun menjawab.."Eleh, setakat 50 sen aku tak heran la, takder sape
pun yang nak ambik duit kau tu". Lalu orang disebelahnya kerana mendengar Jali telah bercakap di dalam solat lantas menegur..." Eh, korang
nie, dalam sembahyang mana boleh bercakap".. Selepas itu, ada seorang
yang lain pula bersuara " Yang kau bercakap tu kenape ha?? "....
so jadilah sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.
MORALNYA :
jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap
Allah Yang Maha Esa..
P/S : Ari ni hari jumaat, bagi kaum Adam, jangan tinggalkan solat jumaat yer!!! :-)
P/S : Ari ni hari jumaat, bagi kaum Adam, jangan tinggalkan solat jumaat yer!!! :-)
No comments:
Post a Comment