Monday, April 30, 2012

cbCeritaku: 6 Pesanan Untuk Hawa


Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin berkongsi 6 pesanan ataupun amanat yang penting, khasnya untuk kaum tulang rusuk Adam ni, sama-sama kita menghayatinya. Pesanan tersebut ialah:


  1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut. 
  2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat. 
  3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini." 
  4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya. 
  5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadizikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut. 
  6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. 
Semoga ianya sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua. Kongsilah untuk peringatan bersama. Wallahu a'lam.

Sunday, April 29, 2012

cbFakta: Ingat 5, Petua Berjaya


Assalamualaikum...
Ingat 5 nikmat yang dirasai sebelum datangnya 5 ujian yang tidak dapat dielakkan. Kebanyakan manusia terlupa dengan 5 perkara ini. Mereka sibuk dengan urusan masing-masing dalam mengejar 'reward' duniawi tanpa menoleh sedikit pun kepada urusan mereka terhadap akhirat. Sepatutnya kita kena beringat terhadap perkara yang akan menentukan nasib di 'sana'. 
Ok, 5 perkara tersebut ialah:

1.Sihat sebelum sakit.





2.Lapang sebelum sempit.





3.Kaya sebelum miskin.





4.Muda sebelum tua.






5.Hidup sebelum mati.





Ya, betul tu. Inilah petua untuk kita berjaya, bukan setakat di dunia, bahkan akhirat sana, kita dapat akan 'bahagian' kita sebagaimana yang dijanjikan, jika kita selalu berhati-hati dengan 5 perkara ini. 
Tertampar saya dengan salah satu kata-kata dari Buya Hamka, beliau berkata, "Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup, kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja". Masya-Allah, setakat mana kita menghayati kata-kata dari ulama' mujahid ini, seorang ulama' tasawuf moden, memberikan peringatan kepada kita tentang tujuan hidup di muka bumi ini. Hidup ini satu survivor, gagalnya kita kerana tidak memanfaatkan 'journey' ini dengan sebaik mungkin. 
Berbalik kepada 5 perkara di atas, nikmat seperti sihat, waktu lapang, kekayaan, masa muda dan diberikan nyawa untuk hidup adalah nikmat yang harus dimanfaatkan. Kenapa bila gagal barulah kita mengadu kepada Allah, sedangkan ketika di puncak langsung tidak kita ingat kepadanya? 
Nah, hidup sekadar hidup, diumpamakan seperti binatang, mereka pun hidup juga, tapi yang membezakan manusia dengan binatang adalah hidup manusia bertujuan. Ada target of life. Sebab tu la kita perlu ada bekalan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Diumpamakan seperti kita bekerja dalam satu syarikat, mesti ada matlamat yang hendak dicapai sama ada berbentuk tactical plan, operational plan ataupun strategic plan. Ini kerana setiap perancangan yang digarap itu kelak nanti akan mng'kaya'kan kita. Begitu juga kita hidup, orang yang kaya di akhirat kelak ialah mereka yang bersedia dengan bekalan amal soleh yang mencukupi sebelum mati. Wallahu a'lam..

P/S: Berkongsi ilmu itu sedikitpun tidak merugikan, bahkan ianya merupakan perniagaan yang tidak pernah rugi. :)

cbAgama: Wahai Pemuda


Assalamualaikum..
Iya, wahai pemuda sekalian... Siapa pemuda?? saya? anda? ok la, kira kita sama-sama la pemuda.. Bangganya kan, masih muda ini.  Tapi adakah kita berjiwa muda dan berfikiran muda? Maksudnya  berfikir secara kreatif, berani bercanggah, dan tidak mengizinkan fikirannya tertakhluk atau ditakhluki sistem yang menguasainya. 

Hebatkan pemuda seperti kita ini. Jika digilap dengan sebetulnya, tak mustahil untuk kita kembalikan Islam di tempatnya, sebab kita adalah pemuda!!


Sebagai catatan untuk renungan bersama, muhasabah diri sebagai insan kerdil di mata dunia ini.. 2 orang pemuda, Usamah Bin Zaid dan Muhammad Al-Fatih.. Kami semua inginkan semangat kamu!!


P/S: Muhasabah selalu..:-)

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!