Friday, December 14, 2012

Kelebihan Ayat Qursi

Assalamualaikum..

Jom tengok selingan dan hayati kartun ini..

kredit to RUSYDEE ART

Pada petang ahad yang lepas, saya berpeluang berjumpa dengan seorang Syeikh dari Mesir, dan dia telah berkongsi mengenai kelebihan ayat Qursi ini. Sesungguhnya banyak kelebihan yang ada pada ayat Qursi kerana ianya adalah merupakan kepala Al-Quran, dan banyak hadith-hadith yang membicarakan berkaitan dengan ayat Qursi ini.

Antara intipati yang dapat saya ambil ialah:
  1. Ayat yang menunjukkan "wahdaniyyatilllah" iaitu ke-Esaan Allah SWT.
  2. Terang dan jelas menerangkan kekuasaan dan Qudrat Allah SWT.
  3. Allah SWT mengetahui apa yang bersembunyi dalam hati-hati manusia zahir dan batin.
Antara Hadith2 yang menunjukkan kelebihan ayat Qursi ini:

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari).

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani).

Wallahua a'lam.. :)

Wednesday, December 12, 2012

Nak Jadi Usahawan Import. Kenapa Memilih China?



Assalamualaikum, 

Hari ini sayang nak berkongsi satu maklumat kepada saper2 yang berminat mjadi usahawan muda/tua (xkira la) hehe..

Jom kita baca sdikit info ini...

Pada masa ini negara China digelar sebagai kilang dunia kerana banyak barangan yang dihasilkan di negara mereka telah dieksport dengan kuantiti yang banyak kepada hampir kesemua negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia. China adalah lubuk kepada sesiapa sahaja yang mengetahui potensinya. Tak percaya? Check tetikus anda yang anda gunakan sekarang Made in apa?



Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat juga turut mendapatkan bekalan daripada negara China disebabkan kos per kuantiti barang yang rendah berbanding kos per kuantiti barang yang sama yang dihasilkan di negara selain negara China.

Oleh itu, sebagai seorang yang bijak mengambil peluang, anda sepatutnya mula mencari jalan untuk mendapatkan bekalan barangan untuk dijual daripada negara China.

Dengan berbuat demikian, anda akan dapat menjana lebih banyak keuntungan disebabkan kos bekalan anda yang lebih rendah. Anda juga boleh mengimport pelbagai barangan yang murah dan berkualiti dan dijual pada harga tip top di Malaysia.

Pada masa ini, pakej ebook Bisnes Import dari China ini mampu memberikan maklumat dan gambaran sebenar mengenai cara untuk mengimport barangan dari negara China
Sebarang maklumat lanjut anda boleh rujuk link kat bawah ni:




So,ni lah saya leh kongsikan bersama kawan2, kepada sesiapa yang berminat, tafaddal..:)


Sunday, May 6, 2012

cbCeritaku: In Progress Komik Baru

Assalamualaikum..
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.. Hmm, hari ini pagi-pagi hujan dah turun, terasa mau tidur plak, biasa la kan, hari cuti, hujan renyai-renyai pulak tu..hehe. Tapi sebelum tu, saya nak update sket hari ini sebelum berselimut di atas katil yang empuk itu..:)
Sekarang ni saya dalam proses untuk siapkan satu animasi bergambar, siri Islamik sikit.. mungkin ianya akan saya update secara bersiri, sebab saya pun nak buat secara bersiri jugak..hihi.
Animasi bergambar ni, saya buat cerita berkisar sebuah kisah yang telah diceritakan dalam Al-Quran, berkenaan dengan kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua), yang sejarahnya mempunyai banyak pengajaran dan iktibar untuk kita hayati bersama..


Nah, preview yang saya sedang siapkan.. Susah jugak ye, perlukan idea untuk susun plot cerita ni, walaupun ceritanya sudah sedia ada, tapi saya kena ubah sket supaya jalan ceritanya tidak meleret panjang, dan fokus kepada plot yang utama saja..


Designnya taklah menarik sangat, maaflah sebab I'm the beginner je, baru mencuba-cuba dalam seni macam ni, lebam mata-mata duk mengadap lappy sebab benda ni tau..hehe :)

Di sini sedikit cerita mengenai Ashabul Kahfi..

Kisah Ashabul Kahfi (Bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.

Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.

Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
"Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka."

Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir.
Sumber: Di sini



Wallahu a'lam..

P/S: Nantikan kemunculannya ye..:)

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!