Showing posts with label cakapbual Lawak. Show all posts
Showing posts with label cakapbual Lawak. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

cbCeritaku: In Progress Komik Baru

Assalamualaikum..
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.. Hmm, hari ini pagi-pagi hujan dah turun, terasa mau tidur plak, biasa la kan, hari cuti, hujan renyai-renyai pulak tu..hehe. Tapi sebelum tu, saya nak update sket hari ini sebelum berselimut di atas katil yang empuk itu..:)
Sekarang ni saya dalam proses untuk siapkan satu animasi bergambar, siri Islamik sikit.. mungkin ianya akan saya update secara bersiri, sebab saya pun nak buat secara bersiri jugak..hihi.
Animasi bergambar ni, saya buat cerita berkisar sebuah kisah yang telah diceritakan dalam Al-Quran, berkenaan dengan kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua), yang sejarahnya mempunyai banyak pengajaran dan iktibar untuk kita hayati bersama..


Nah, preview yang saya sedang siapkan.. Susah jugak ye, perlukan idea untuk susun plot cerita ni, walaupun ceritanya sudah sedia ada, tapi saya kena ubah sket supaya jalan ceritanya tidak meleret panjang, dan fokus kepada plot yang utama saja..


Designnya taklah menarik sangat, maaflah sebab I'm the beginner je, baru mencuba-cuba dalam seni macam ni, lebam mata-mata duk mengadap lappy sebab benda ni tau..hehe :)

Di sini sedikit cerita mengenai Ashabul Kahfi..

Kisah Ashabul Kahfi (Bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.

Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.

Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
"Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka."

Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir.
Sumber: Di sini



Wallahu a'lam..

P/S: Nantikan kemunculannya ye..:)

Thursday, September 22, 2011

cbLawak: Petua wajib diamalkan



Assalam semua...
Apa khabar? Lama dah tak update blog ni. Apepun, hari ni saya ada sdikit petua nak dikongsi bersama hangpa semua, ada masa rajin2 la amalkan ye...hehe


Ni dia petuannya, sekadar suka2 je.. =)
  • Petua Cepat Di pinang - Banyakkan Meminum Air Pinang
  • Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat² Yg Kendur Tue..
  • Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue...
  • Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
  • Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...
  • Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu...
  • Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
  • Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..
  • Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya....
  • Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
  • Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
  • Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo...
  • Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
  • Menghilangkan Kelemumur - Gunakanlah Syampu Rejoice..
  • Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut Lif
  • Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket
  • Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..
  • Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir
  • Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..
  • Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi
  • Menghilangkan Lebam Di Mate - Elakkan Dari Kene Penumbok..



P/S : Selamat beramal... =)

Sape yang tahu petua nak bagi muka berapi2 camni?hehe

Friday, August 12, 2011

Lawak sembahyang..


Pada suatu hari jumaat yang hening, Jali naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang jumaat. Emaknya  memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan dia dah pon makan tengahari di rumah. Ini disebabkan perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Jali pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem lagi kacak itu. Lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Jali pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. 


Setibanya dia di masjid, Jali pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. Setelah selesai berkhutbah, pak imam pon mengimamkan solat fardu Jumaat berjemaah itu. Semasa para jemaaah rukuk ...tiba2 duit 50 sen Jali jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..dia pon berbisik kepada orang dihadapannya... 

Jali: "jangan ambik duit aku tu, aku nak buat tambang balik nanti.." .. Lalu orang itupun menjawab.."Eleh, setakat 50 sen aku tak heran la, takder sape pun yang nak ambik duit kau tu". Lalu orang disebelahnya kerana mendengar Jali telah bercakap di dalam solat lantas menegur..." Eh, korang nie, dalam sembahyang mana boleh bercakap".. Selepas itu, ada seorang yang lain pula bersuara " Yang kau bercakap tu kenape ha?? ".... so jadilah sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. 


MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

P/S : Ari ni hari jumaat, bagi kaum Adam, jangan tinggalkan solat jumaat yer!!! :-)

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!