Showing posts with label cakapbual Macam2. Show all posts
Showing posts with label cakapbual Macam2. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Khasiat Lada Hitam: Pandangan Homeopati


Oleh :

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

[Di dalam sebuah artikel mengenai Khasiat Lada Hitam, sdr Ramli Abdul Karim telah menulis sebagaimana berikut: DI antara rempah ratus, LADA HITAM ialah yang paling popular dan digunakan dengan meluas. - Ia dikenali oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada sebagai ramuan masakan, perisa dan sos. - Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum L. dari keluarga Piperaceae dikenali dengan nama yang hampir serupa di kebanyakan negara Barat iaitu berdasarkan sebutan PEPPER.
Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek (piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber). -Dalam bahasa Thai, lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi (kali marich), Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik noi).
Tumbuhan itu dikatakan berasal dari Malabar di pantai barat India Selatan yang hari ini terletak dalam negeri Kerala. - Di Asia Tenggara, lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia dan Indonesia sejak 2,000 tahun lalu. - Selain lada hitam Malabar dan Tellicherry dari India serta Belem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang paling bermutu dan cukup terkenal di serata dunia. - Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namun lada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba.
Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. - Menurutnya, buah lada hitam muda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya diminum.
“Jumlah buah muda yang digunakan bergantung kepada paras air dengan perbandingan satu atau dua sudu bagi setiap satu cawan air.”
“Selepas masak, air rebusan perlu diminum perlahan-lahan dan amalan ini tidak perlu diteruskan jika sakit kencing tidak lawas, cirit-birit dan pening kepala telah sembuh,” ujarnya.
Tajuddin menambah, bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dan kemudian ditampalkan atau diikat pada dahi. - Sementara itu, kata beliau, untuk menyegarkan dan memanaskan badan ibu-ibu lepas bersalin, sedikit buah muda yang ditumbuk dengan ikan bilis dimakan bersama-sama nasi yang masih panas.]

Artikel mengenai khasiat lada hitam menarik perhatian saya untuk memberi sedikit maklumat tambahan. Ini adalah kerana ia turut merupakan bahan yang telah disediakan sebagai penawar homeopati sejak homeopati diperkenalkan pada awal abad ke sembilan belas. Bagaimanapun, ia tidak merupakan remedi utama dalam senarai remedi-remedi homeopati yang biasa dikenali dan diajarkan kepada penuntut-penuntut homeopati.
Walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi khasiat dan penggunaan secara herba berbanding homeopati, di sini saya ingin berkongsi idea tentang simptom-simptom yang mungkin boleh mencetuskan idea ke arah pengumpulan maklumat yang lebih lengkap mengenai khasiat perubatan bahan rempah ratus ini.
Satu perkara yang jelas ialah kegunaan sesuatu bahan dalam perubatan herba lebih banyak berasaskan pengalaman. Akhir-akhir ini, apabila ia dibawa masuk ke makmal, banyaklah bukti-bukti saintifik dikemukakan bagi menyokong penggunaannya. Demikianlah halnya dengan lada hitam.
            Nama saintifik lada hitam iaitu Piper nigrum L., sebenarnya juga merupakan nama remedi homeopati yang selalunya dikekalkan dengan nama asalnya. Sesuai dengan sebutan “lada hitam”, ia juga lebih mudah dikenali atau dicamkan apabila disebut “black pepper”. Jenama ini bernilai komersil baik di peringkat pasar malam maupun pasar raya.
Salah satu khasiat yang disebutkan di dalam Utusan Malaysia (9 April 2002) terdahulu ialah kemampuannya mengubati pening kepala. Pernyataan yang umum itu memang biasa dengan tabiat merawat yang mengidentifikasikan ubat dengan jenis sakit atau penyakit. Tetapi hal ini sebenarnya diberikan dengan agak terperinci di dalam materia medika homeopati.
            Mengikut Dr. W. Boericke, simptom sakit kepala Piper nigrum ialah sakit kepala yang berat sehingga seolah-olah kedua pelipis ditekan-tekan. Terdapat juga rasa tekanan pada tulang hidung dan tulang muka. Kedua mata radang dan membakar. Sakit bola mata pula bagaikan hendak meletup.
            Sebahagian simptom yang dinyatakan di atas agak terperinci berbanding setakat penyataan sakit kepala. Ini adalah justeru para penguji remedi homeopati mencatat dengan halusi dan terperinci setiap simptom yang dirasakan ketika menguji satu-satu bahan.
            Selain daripada sakit kepala, terdapat beberapa simptom lain yang mungkin berhubungan dengan kegunaannya dalam perubatan herba, Antara catatan yang boleh dipetik daripada materia medika Boericke ialah kegunaan Piper nigrum dalam kes-kes gastrik, flatulens, kolik dan krem. Ia juga boleh diberikan bagi sesetengah kes dispnea dan batuk yang mempunyai rasa sakit di dada.
Tentang kegunaannya sebagai ubat melawaskan kencing, keterangan simptom dalam perubatan homeopati yang boleh membantu menunjukkan kesesuaiannya ialah apabila terdapat simptom-simptom berikut: rasa membakar di dalam pundi dan saluran kencing, sukar untuk kencing, ataupun bila pundi kencing rasa penuh dan membengkak. Pesakit mungkin timbul rasa hendak kencing tetapi kerapkali kencing tidak keluar.
            Saya bersetuju bahawa lada hitam boleh menyegarkan dan memanaskan badan. Bukan sahaja untuk ibu-ibu lepas bersalin, malahan bermanfaat untuk orang biasa juga. Tetapi setakat ini Piper nigrum bukanlah penawar yang disyurkan untuk tujuan itu dalam rawatan homeopati. Demikian juga ia jarang dirujuk sebagai ubat demam dalam amalan homeopati. Hanya Dr. J. H. Clarke menyarankan kegunaannya apabila demam disertai kepala rasa berat, pening dan pesakit berpeluh sejuk.

Moga bermanfaat semua. :)

Saturday, December 22, 2012

E-book Menjadi Peniaga yang Berjaya

Assalamualaikum..
Hai semua..hari ni tengah2 saya jalan2 kat blog-blog orang len, sy terjumpa satu e-book mengenai bagaimana cara nak jadi pemborong atau penjual yang mengambil barang dari China. Menarik jugak e-book ni, so saya nak kongsi dengan member2 skalian..hehe
 
 
Cuba pikir kan, kita baru je tukar kipas lap top ASUS  yang pencen (pusingan dan slow). Mujur tak cair barang dalam sebab dah lama perkara ni berlarutan. Kelmarin pergi hantar kat kedai baiki komputer dan kena caj RM140 untuk tukar fans baru. Rupa2nya bila check dari supplier. Elehh! RM60 je pun rege. Siapa tahu lubuk pembekal memang best. Macam2 boleh buat sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun bisnes. :-).
 
Kenapa berbeza harga?supplier murah tp kita yng jd pmbeli kdg2 2x ganda kena bayar dari harga asal. So, kena pandai la cari lubuk barang2 murah ni, walaupun tuk kegunaan anda sndiri n klu nk lebih pndapatan silap2 ari bulan bleh jd pjual cam cina2 kat lowyat yang jual gadget2 tu..
 
Yang sy tertarik dari ebook ni,sbbnya dia beritahu cara kita nk dptkn barang dari sana dengan mudah dan berkualiti barangnya. Dulu sy pikir jugak China ni bnyk brg tiruan n xleh pcaya, tp bila lec sub keusahawanan sy sndiri mceritakan pngalaman beliau melawat Goungzhou tmpt pusat shopping dunia, sume pakat tumpu kt sana nk borong brg2 dan hrga pun murah kawwww2 jika dibndingkn ngan tmpt kita ni, kualiti pun sama je dia habaq.
 
Murah2 tp klu xtau cane nk dptkn, sama je kan, nih link leh tgk2 kat sini kalu nk tau lebih lanjut sal dapatkn barang dari sana dengan harga muross..
 

 
 
Maklumat lanjut : Lubuk barang dari China
 

Sunday, May 6, 2012

cbCeritaku: In Progress Komik Baru

Assalamualaikum..
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.. Hmm, hari ini pagi-pagi hujan dah turun, terasa mau tidur plak, biasa la kan, hari cuti, hujan renyai-renyai pulak tu..hehe. Tapi sebelum tu, saya nak update sket hari ini sebelum berselimut di atas katil yang empuk itu..:)
Sekarang ni saya dalam proses untuk siapkan satu animasi bergambar, siri Islamik sikit.. mungkin ianya akan saya update secara bersiri, sebab saya pun nak buat secara bersiri jugak..hihi.
Animasi bergambar ni, saya buat cerita berkisar sebuah kisah yang telah diceritakan dalam Al-Quran, berkenaan dengan kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua), yang sejarahnya mempunyai banyak pengajaran dan iktibar untuk kita hayati bersama..


Nah, preview yang saya sedang siapkan.. Susah jugak ye, perlukan idea untuk susun plot cerita ni, walaupun ceritanya sudah sedia ada, tapi saya kena ubah sket supaya jalan ceritanya tidak meleret panjang, dan fokus kepada plot yang utama saja..


Designnya taklah menarik sangat, maaflah sebab I'm the beginner je, baru mencuba-cuba dalam seni macam ni, lebam mata-mata duk mengadap lappy sebab benda ni tau..hehe :)

Di sini sedikit cerita mengenai Ashabul Kahfi..

Kisah Ashabul Kahfi (Bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.

Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.

Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
"Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka."

Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir.
Sumber: Di sini



Wallahu a'lam..

P/S: Nantikan kemunculannya ye..:)

Saturday, May 5, 2012

cbKomik: Jaringan 'Chanturbo'

Assalamualaikum..
Ya, bagi peminat TRW (The Red Worriors), siapa yang tidak kenal kepada nama ini, S. Chanturu ataupun nama gelarannya Turbo Kelate ni..hehe, pada perlawanan saingan Liga Super dengan pasukan Lions IVV di Kota Bharu pada 4/5/2012, dia telah menjaringkan gol yang menarik dan boleh dikatakan ter'cantik' pernah dihasilkan dalam saingan musim ini (katanya pengulas Zainal Abidin Rawob)..:)
Jadi, saya buatlah satu preview pasal gol semalam, yang adik kakak tak boleh tidur kan bila teringatkan gol itu???hehehe..

Jeng.. jeng.. jeng..


Kalau gambar tak jelas, download je..:)

Moga terhibur kepada peminat TRW terr.. (saya pun salah sorang..hehe).

P/S: Komen-lah  jika ada yang perlu diperbaiki lagi.. SEBAB??? Saya budak baru belajar..:)

cbMacam2: Buat Komik?

Assalamualaikum...
Hari ini hari cuti, jadi boring dan tak tau nak buat apa.. Nak ulangkaji, malas, tidur pun melebihi 'dos' dah, apatah lagi makan, memang full perut ini..hehe.
Jadi sambil-sambil saya mengadap laptop yang biru tua ini, 'create' la satu komik terpendek atas muka bumi, just 1 page sahaja. Biasa la kan, ini adalah first time saya cuba buat benda macam ni, jadi idea dan kekretivitian pun belum terasah lagi, tapi apapun, saya berpuas hati terhadap idea pertama saya ini.. :)

Jom lihat hasilnya.... :)




Inilah dia, moga-moga suatu hari nanti, aku dapat hasilkan satu buku komik islamik punya..amin.

P/S: Doakan ye sobat2..:)

Wednesday, May 2, 2012

cbKomik: Doa Ibu


Assalamualaikum..

Jom kita layan sekejap kisah pada hari ini. Doa ibu menjadi pembakar semangat kepada kita semua..:)





P/S: Syurga di bawah telapak kaki ibu..:)


Tuesday, May 1, 2012

cbPetua: Comelkan Kulit Muka


Assalamualaikum..
Nah, petua orang tua-tua dulu, untuk mencantikkan kulit muka bagi lelaki ataupun wanita.


  1. Tomato dan epal. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
  2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin. 
  3. Kayu cendana. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan. 
  4. Kulit pisang emas. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. 
  5. Kacang hijau. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri. 
  6. Segelas susu segar. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan  mendapat kulit muka yang gebu dan licin.
Amalkan selalu petua ini, insyaAllah menjadi. Jangan cepat berputus asa, setiap kejayaan itu memerlukan usaha yang tidak putus-putus, barulah kejayaan yang dikecapi itu terasa nikmatnya. Wallahu a'lam..... :)

P/S: Share-lah artikel ini untuk perkongsian bersama. :D

Sunday, April 29, 2012

cbFakta: Ingat 5, Petua Berjaya


Assalamualaikum...
Ingat 5 nikmat yang dirasai sebelum datangnya 5 ujian yang tidak dapat dielakkan. Kebanyakan manusia terlupa dengan 5 perkara ini. Mereka sibuk dengan urusan masing-masing dalam mengejar 'reward' duniawi tanpa menoleh sedikit pun kepada urusan mereka terhadap akhirat. Sepatutnya kita kena beringat terhadap perkara yang akan menentukan nasib di 'sana'. 
Ok, 5 perkara tersebut ialah:

1.Sihat sebelum sakit.





2.Lapang sebelum sempit.





3.Kaya sebelum miskin.





4.Muda sebelum tua.






5.Hidup sebelum mati.





Ya, betul tu. Inilah petua untuk kita berjaya, bukan setakat di dunia, bahkan akhirat sana, kita dapat akan 'bahagian' kita sebagaimana yang dijanjikan, jika kita selalu berhati-hati dengan 5 perkara ini. 
Tertampar saya dengan salah satu kata-kata dari Buya Hamka, beliau berkata, "Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup, kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja". Masya-Allah, setakat mana kita menghayati kata-kata dari ulama' mujahid ini, seorang ulama' tasawuf moden, memberikan peringatan kepada kita tentang tujuan hidup di muka bumi ini. Hidup ini satu survivor, gagalnya kita kerana tidak memanfaatkan 'journey' ini dengan sebaik mungkin. 
Berbalik kepada 5 perkara di atas, nikmat seperti sihat, waktu lapang, kekayaan, masa muda dan diberikan nyawa untuk hidup adalah nikmat yang harus dimanfaatkan. Kenapa bila gagal barulah kita mengadu kepada Allah, sedangkan ketika di puncak langsung tidak kita ingat kepadanya? 
Nah, hidup sekadar hidup, diumpamakan seperti binatang, mereka pun hidup juga, tapi yang membezakan manusia dengan binatang adalah hidup manusia bertujuan. Ada target of life. Sebab tu la kita perlu ada bekalan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Diumpamakan seperti kita bekerja dalam satu syarikat, mesti ada matlamat yang hendak dicapai sama ada berbentuk tactical plan, operational plan ataupun strategic plan. Ini kerana setiap perancangan yang digarap itu kelak nanti akan mng'kaya'kan kita. Begitu juga kita hidup, orang yang kaya di akhirat kelak ialah mereka yang bersedia dengan bekalan amal soleh yang mencukupi sebelum mati. Wallahu a'lam..

P/S: Berkongsi ilmu itu sedikitpun tidak merugikan, bahkan ianya merupakan perniagaan yang tidak pernah rugi. :)

cbAgama: Wahai Pemuda


Assalamualaikum..
Iya, wahai pemuda sekalian... Siapa pemuda?? saya? anda? ok la, kira kita sama-sama la pemuda.. Bangganya kan, masih muda ini.  Tapi adakah kita berjiwa muda dan berfikiran muda? Maksudnya  berfikir secara kreatif, berani bercanggah, dan tidak mengizinkan fikirannya tertakhluk atau ditakhluki sistem yang menguasainya. 

Hebatkan pemuda seperti kita ini. Jika digilap dengan sebetulnya, tak mustahil untuk kita kembalikan Islam di tempatnya, sebab kita adalah pemuda!!


Sebagai catatan untuk renungan bersama, muhasabah diri sebagai insan kerdil di mata dunia ini.. 2 orang pemuda, Usamah Bin Zaid dan Muhammad Al-Fatih.. Kami semua inginkan semangat kamu!!


P/S: Muhasabah selalu..:-)

Saturday, April 28, 2012

cbKomik: Kentang Busuk??


Assalamualaikum..
Sambil anda terjah kat blog ini, saya ada satu kisah untuk anda. Jom kita hayati kisah ini. Ianya perihal 'Kentang'. Untuk 'release'kan tension dan minda anda, jadi, selamat membaca..


Al-kisah..





Sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah ini. Sentiasalah bersangka baik sesama kita, buang yang keruh dan ambillah yang jernih sahaja.. Moga-moga bermanfaat. Wallahu a'lam..

Kredit kepada : Cendol

P/S : Silakan share dan moga manfaat kita dapat bersama.. :)

Thursday, April 5, 2012

cbArtis: Hamza Namira - ElMidan



كنا مش حاسين بقيمة
والأمل موضة قديمة
بس ف ثانية افتكرنا
إن بلادنا دي عظيمة

ارفع راسك انت مصري
انت واحد من اللي نزلوا في الميدان
ارفع راسك انت مصري
انت وقفت جمب جارك في الميدان
ارفع راسك انت مصري
انت رجعت المصري بتاع زمان
المصري بتاع زمان

شايف الدنيا بشكل تاني
السما صافية سامع أغاني
واللي اتغير فيا هو
طعم الحرية ف لساني

ارفع راسك انت مصري
انت واحد من اللي نزلوا في الميدان
ارفع راسك انت مصري
انت وقفت جمب جارك في الميدان
ارفع راسك انت مصري
انت رجعت المصري بتاع زمان
المصري بتاع زمان

بيقولوا مصر هرم ونيل
وبينسوا المصري الأصيل
اللي ساعة الجد دايما
يقدر يعمل مستحيل

ارفع راسك انت مصري
انت واحد من اللي نزلوا في الميدان
ارفع راسك انت مصري
انت وقفت جمب جارك في الميدان
ارفع راسك انت مصري
انت رجعت المصري بتاع زمان
المصري بتاع زمان

Thursday, March 29, 2012

cbCeritaku: Buku untuk baucher RM200


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, baucher buku yang saya dapat sebanyak RM 200.00 itu telah dibelanjakan untuk membeli buku.   Sekali borong je, abis 4 keping baucher yang bernilai RM50 setiap satu tu..hehe. Semuanya saya beli kat Kedai Buku MPH, di Mid Valley. Sambil-sambil makan angin sana, sempat jugak habiskan masa dalam sejam lebih tuk cari buku-buku yang menarik hati ini untuk dibeli. Nah inilah dia hasilnya buku-buku yang saya manfaatkan daripada baucher free tersebut :

1- PERUBATAN CARA NABI SAW PASTI SIHAT

2- SEBARKAN CINTA-MU


3- MISTERI PASUKAN PANJI HITAM


4- IMAM-IMAM YANG BENAR


5- BELAJAR BERMAIN GITAR DALAM 30 HARI
(no preview) hehe

6- BETTER ENGLISH SERIES
(no preview)hehe

7- RAHSIA SIMBOL YAHUDI


Inilah buku-buku yang saya telah belanjakan dengan baucher tu, anda pulak bagaimana? 

Menarik kan? 
Jom sama-samalah kita amalkan budaya membaca, jadikan ianya sebagai amalan hidup seharian kita. Ini kerana Islam telah mengajar umatnya untuk membaca, dan betapa pentingnya membaca ini, sehingga wahyu yang pertama diturunkan adalah mengenai Iqra' iaitu "bacalah".. Jadilah kita sebagai umat yang rajin membaca ye.. :)
"MEMBACA AMALAN MULIA"

P?S : KONGSILAH untuk kepentingan bersama..:)

Sunday, September 25, 2011

cbMacam2: Jom 'Like' Page ini



Assalam semua..
Kaifa hal antum?hehe..ber'speaking' Arab jugak hari ini.. di harap semuanya sihat2 blako. Mungkin anda semua pelik dan tidak faham kan, apa makna bahasa Arab kat atas tu, jom kita terjemah :

Kaifa : bagaimana
Hal : keadaan
Antum : kamu semua

So, jawab dalam hati je la ye.. kalau korang menjerit kuat2 pun, bukannya saya dengar kan?hehe.. Sebenarnya hari ini, bukan saya mahu ajarkan kamu bahasa Arab, tapi ingin menyambut peluang yang ada supaya tidak terlepas. Peluang apa tu ye?? =)

Ok la, di sini saya ada wujudkan satu Page dalam Facebook ( klik di sini kalau nak ADD ) - taktik promosi facebook sendiri..hihi. Jadi saya mahu ajak kawan2 sekalian, marilah kita berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada, dengan sekali LIKE je page ni..

Jom LIKEEEEEEEEEEEEEEE......................>>>>>>>>





P/S : I Follow U Follow hehe..

Tuesday, August 9, 2011

Syiling terbaru : Pengaruh Freemason??

Salam semua...

Kebelakangan ini, sibuk diperkatakan tentang negara kita akan mengeluarkan design syiling yang baru, ntah kenapa cb tak tau plak..mengikut Malaysiakini, yang mana dipetik daripada Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, syiling terbaru ini lebih ringan dari syiling yang sebelumnya dan lebih kecil untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya. Sumber dari MalaysiaKini.


Sebenarnya cb ni bukanlah nak membongkarkan, akan tetapi nak berkongsi dengan pembaca sekalian jer, sebabnya dah ramai para bloggers di luar sana yang membongkarkannya.. Dari situlah, isu yang menarik tidak boleh dibiarkan saja, kita jugak harus berfikir dengan mata akal, bukan nafsu semata-mata. Mengapa isu mengaitkan design syiling terbaru ini timbul?? Mengapa tidak pada syiling-syiling yang sebelum ini?? 


Mari kita lihat satu persatu design syiling yang akan dikeluarkan itu. Bermula dengan syiling 5 sen hingga ke 50 sen, semuanya ada lambang ataupun bentuk2 tertentu yang melambangkan simbol-simbol daripada gerakan Freemason ini. Lantaran itulah persoalan timbul dari benak fikiran cb, adakah ianya kebetulan ataupun salah satu dari agenda Freemason sendiri?? yang mana kita tahu bahwa gerakan ini sudah lama bertapak kat Malaysia kita yang tercinta ini.. rujuk video ini : Mason Di Malaysia part 1, part 2, part 3 dan seterusnya sampai ke part 20. (tgk sndiri la kat utube tu, nak senaraikan satu persatu, letih dowh. hehe...).

 Syiling RM 0.05



Perhati betul-betul pada lambang yang telah ditandakan dengan line hitam di atas, adakah ini kebetulan?? Lambang Matahari Illuminiti (salah satu lambang gerakan Freemason).

Lambang Matahari ILLUMINITI


Syiling RM 0.10





Ni lagi satu, dibelakang syiling Rm 0.10 ini jelas ada lambang "star of david". Sama seperti yang terdapat pada bendera negara HARAM Israel ni. Menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.



Syiling RM 0.20 & RM 0.50


Kedua-duan syiling ini berwarna keemasan, simple dan cantik. Sekilas pandang, seperti emas dah, tapi apakan daya, terkantoi jugak akhirnya (ni bukan cb yang cakap, tapi mengikut kajian para blogger2 kat luar sana la...)..hehe.

Meh lihat di bawah ...





Ni lagi satu, tak puas letak kat syiling RM 0.05 dan RM 0.10, ada jugak pada kedua-dua syiling ini. Seakan seperti simbol Baphomet iaitu Pentagram Kuno dan Pentagram Moden Bintang Terbalik. Menurut Wikipedia, perkataan ini muncul pada bulan Julai 1098 dalam surat oleh Anselm yang terlibat dalam perang salib Ribemont.

Balphomet adalah simbol Illuminiti yang diibaratkan sebagai menyembah syaitan. Simbol ini adalah sebagai ritual dan penyembahan untuk tunduk pada syaitan 

 

So, di sini cb tidak menghukum apatah lagi menilai semua yang di atas itu, akan tetapi cb menimbulkan satu persoalan, adakah ini sekadar kebetulan atau agenda?? Kalau pembaca rajin untuk menjejaki blog2 yang terdapat dalam alam siber ini, banyak lagi pendedahan yang di lakukan, bukan sekadar tertumpu pada syiling ni je.. kena rajin la nak dapat ilmu ni, takkan nak kena suapkan jer!! hehe...

Kredit sumber sedikit sebanyak dari Perisik Rakyat.

Wallahua'lam...

P/S : TEPUK DADA TANYA IMAN MASING2 YER....

Friday, July 1, 2011

hari yang memboringkan..

salam all............... sambil2 duk tgk video klip kat youtube ni, ajat nak kongsi la ngan sedara2.. xde la bnda ni pnting sangat, tapi tu la..memboringkan..hehe. tgk tjuk posting pun dah tau kan, entry kali ni pun komfem membosankan.......haha

hari ni, aku keje cam biasa la.. sebab yang memboringkan kerana xd apa yang nk dibuat, keje pun org xd (kalau org ada pun rasa nak suruh xyah datang je..hehehe)..bosan btol, nak men PES xd mood, nk on9 pun xtau nk tgk aper..last2 selongkar mudah,my cari gitar baru..heheehe

nah, satu video ni mula2 tgk tjuk dia,lawak la jugak... video cover cinta muka buku dari najwa latiff..

korang layan la,aku da dgr la..hehe k see again..BORING KAWW!!


Monday, June 13, 2011

Aku Yang Kehilangan....

Assalamualaikum.........

Siapa yang kehilangan itu??
urmmmmm... xd lah,sbenarnya time aku post entry ni masa asyik aja melayan lagu rock cintan dulu2..ala lagu Segalanya Ku Terima yang dinyayikan oleh Ilusi, dan skarang dipopularkan pulak oleh Hazama AF pulak.. mesti ramai yang tahu dan hafal lagu ni kan???haha.............. apapun, aku tak nak lah cerita pnjang2 pasal lagu ni (walaupun lagu ni salah satu my feveret tau...)hehe....
Haaaaaaa tu  dia kumpulan Illusi..hehe

Apapun, siapa yang hilang ke, barang hilang ke, tu sume tak penting....... So apa yang PENTING???

Sebenarnya yang perlu kita amik ihtimam adalah diri sndiri, susah payah kita mengejarnya, last2 hilang ghaib begitu saja.. oh rugi btol kan??? itulah dia ILMU..Kita berusaha, belajar tp last2 kita jugak tak amalkan ilmu yang duk blaja tu.. pepatah arab ada menyatakan "Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah"... sia2 saja..


tengok, pokok yang tidak berbuah ni..hehe

Kalau saya la, pokok yang tidak berbuah ni sapatutnya ditebang dan digantikan dengan pokok lain yang boleh meghasilkan buah yang banyak dan baik. Ini kerana peranan yang sepatutnya dimainkan olehnya tidak berfungsi lagi (walaupun sbnrnya tmbuhan ni adalah salah satu hidupan yang mengimbangi ekosistem kite..tp lantaklah..hahaha).... Begitulah jugak pada diri kita, sia2 kita hidup tanpa mengamalkan ilmu yang ada..

Apapun, kita bermuhasabah diri kita... Amalkan ilmu yang kita belajar.. Semoga kita success selalu................ Gud Luck For All..hehe.........

Sunday, June 12, 2011

Sebalik Cerita F# dan Dm

Assalamualaikum sahabat2 semua….
Firstnya,  mgkin sesetengah orang tak tahu maksud F#?di tambah lagi Dm? iya…………………sebenarnya aku sndiri pun tak paham,apa kehel maksud itu semuanya??hahahaha……………………. opss!! Jangan marah, gurauan semata-mata..hehe.

Biar aku terangkan, maksudnya aku campare antara kord2 gitar je.. bagi beginner, susah sket nak tukar antara dua kord ni,tp bg professional, aku tabik!!..malah lebih dari itu lagi siap guna jari kaki lagi (sori gurau jer brader2 gitarist kat luar sana tu ye)..hehehe.


bertatih main gitar yea...hehe
 Ok2…..Di sini,aku nak ceritakan sket pengalaman yang pernah dilalui oleh sahabatku.. antara dua kord tersebut,susah la jugak nk praktis time mula-mula dia “dakap” gitar kapoknya.(cerita dulu2 pasal men gitar daa…hihi). Tetapi lama kelamaan,dengan berkat kesungguhan dan kesabarannya..akhirnya dengan selamba dia boleh change kord by kord tanpa melihat pada fret gitar kapoknya..







kekalahan sekali bukan bermakna kalah selamanya...

Ya, itulah dia..hakikat kehidupan… selalu kita terjemahkan dalam kehidupan seharian. Bermakna setiap perkara kita perlu bersusah-susah dahulu, sebelum beroleh kesenangan. Itulah realitinya, Sunnatullah…
Ermm…..Tinggalkan sejenak cerita gitar di atas, cuba kita fikirkan,perhatikan dan lihat bagaimana titik bidayah bagi sang juara?? Adakah kejayaannya datang bergolek?? TIDAKK!!! Mereka sebenarnya telah kalah dan kalah,akan tetapi mereka juga bangkit dan terus bangkit, meneliti,menganalisa, mentafsir setiap kekalahan tersebut dan menukarkannya kepada ????????? KEJAYAAN.!! 

 So,  saya percaya majoriti sahabat di luar sana dah melalui, merasai, mengecapi setiap suka duka, mehnah ranjau dalam hidup ini.. tetapi kesudahannya, bergantung pada diri ANDA jua..



ya!! aku hebat dan aku mampu berjaya, aku akan miliki kejayaan itu....


Semuanya bermula dari diri, DIRI ANDA PERLU MENGUBAHNYA, KEJAYAAN SEGUNUNG DIPEROLEH DARI KESUSAHAN SELAUTAN..(ntah pape peribahasa aku tak tahu..hahaha)..  
Izinkan saya petik sedikit dari cebisan Al-Quran, Surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6 :
“Sesungguhnya disamping kesusahan itu ada kemudahan (5). Sesunguhnya juga disamping kesusahan itu ada kemudahan(6).”
Maka, sama-samalah kita berusaha untuk menggapai kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi, sesungguhnya itulah janji Allah s.w.t, yang tinggal hanyalah setakat mana usaha kita dalam mengejarnya..  hehe...
Lastly, saya  mahu Berjaya, anda juga mahu Berjaya… so rajin2 lah berlatih gitar pagi petang siang dan malam…heheehe.

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!