Showing posts with label cakapbual Fakta. Show all posts
Showing posts with label cakapbual Fakta. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Khasiat Lada Hitam: Pandangan Homeopati


Oleh :

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

[Di dalam sebuah artikel mengenai Khasiat Lada Hitam, sdr Ramli Abdul Karim telah menulis sebagaimana berikut: DI antara rempah ratus, LADA HITAM ialah yang paling popular dan digunakan dengan meluas. - Ia dikenali oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada sebagai ramuan masakan, perisa dan sos. - Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum L. dari keluarga Piperaceae dikenali dengan nama yang hampir serupa di kebanyakan negara Barat iaitu berdasarkan sebutan PEPPER.
Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek (piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber). -Dalam bahasa Thai, lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi (kali marich), Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik noi).
Tumbuhan itu dikatakan berasal dari Malabar di pantai barat India Selatan yang hari ini terletak dalam negeri Kerala. - Di Asia Tenggara, lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia dan Indonesia sejak 2,000 tahun lalu. - Selain lada hitam Malabar dan Tellicherry dari India serta Belem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang paling bermutu dan cukup terkenal di serata dunia. - Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namun lada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba.
Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. - Menurutnya, buah lada hitam muda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya diminum.
“Jumlah buah muda yang digunakan bergantung kepada paras air dengan perbandingan satu atau dua sudu bagi setiap satu cawan air.”
“Selepas masak, air rebusan perlu diminum perlahan-lahan dan amalan ini tidak perlu diteruskan jika sakit kencing tidak lawas, cirit-birit dan pening kepala telah sembuh,” ujarnya.
Tajuddin menambah, bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dan kemudian ditampalkan atau diikat pada dahi. - Sementara itu, kata beliau, untuk menyegarkan dan memanaskan badan ibu-ibu lepas bersalin, sedikit buah muda yang ditumbuk dengan ikan bilis dimakan bersama-sama nasi yang masih panas.]

Artikel mengenai khasiat lada hitam menarik perhatian saya untuk memberi sedikit maklumat tambahan. Ini adalah kerana ia turut merupakan bahan yang telah disediakan sebagai penawar homeopati sejak homeopati diperkenalkan pada awal abad ke sembilan belas. Bagaimanapun, ia tidak merupakan remedi utama dalam senarai remedi-remedi homeopati yang biasa dikenali dan diajarkan kepada penuntut-penuntut homeopati.
Walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi khasiat dan penggunaan secara herba berbanding homeopati, di sini saya ingin berkongsi idea tentang simptom-simptom yang mungkin boleh mencetuskan idea ke arah pengumpulan maklumat yang lebih lengkap mengenai khasiat perubatan bahan rempah ratus ini.
Satu perkara yang jelas ialah kegunaan sesuatu bahan dalam perubatan herba lebih banyak berasaskan pengalaman. Akhir-akhir ini, apabila ia dibawa masuk ke makmal, banyaklah bukti-bukti saintifik dikemukakan bagi menyokong penggunaannya. Demikianlah halnya dengan lada hitam.
            Nama saintifik lada hitam iaitu Piper nigrum L., sebenarnya juga merupakan nama remedi homeopati yang selalunya dikekalkan dengan nama asalnya. Sesuai dengan sebutan “lada hitam”, ia juga lebih mudah dikenali atau dicamkan apabila disebut “black pepper”. Jenama ini bernilai komersil baik di peringkat pasar malam maupun pasar raya.
Salah satu khasiat yang disebutkan di dalam Utusan Malaysia (9 April 2002) terdahulu ialah kemampuannya mengubati pening kepala. Pernyataan yang umum itu memang biasa dengan tabiat merawat yang mengidentifikasikan ubat dengan jenis sakit atau penyakit. Tetapi hal ini sebenarnya diberikan dengan agak terperinci di dalam materia medika homeopati.
            Mengikut Dr. W. Boericke, simptom sakit kepala Piper nigrum ialah sakit kepala yang berat sehingga seolah-olah kedua pelipis ditekan-tekan. Terdapat juga rasa tekanan pada tulang hidung dan tulang muka. Kedua mata radang dan membakar. Sakit bola mata pula bagaikan hendak meletup.
            Sebahagian simptom yang dinyatakan di atas agak terperinci berbanding setakat penyataan sakit kepala. Ini adalah justeru para penguji remedi homeopati mencatat dengan halusi dan terperinci setiap simptom yang dirasakan ketika menguji satu-satu bahan.
            Selain daripada sakit kepala, terdapat beberapa simptom lain yang mungkin berhubungan dengan kegunaannya dalam perubatan herba, Antara catatan yang boleh dipetik daripada materia medika Boericke ialah kegunaan Piper nigrum dalam kes-kes gastrik, flatulens, kolik dan krem. Ia juga boleh diberikan bagi sesetengah kes dispnea dan batuk yang mempunyai rasa sakit di dada.
Tentang kegunaannya sebagai ubat melawaskan kencing, keterangan simptom dalam perubatan homeopati yang boleh membantu menunjukkan kesesuaiannya ialah apabila terdapat simptom-simptom berikut: rasa membakar di dalam pundi dan saluran kencing, sukar untuk kencing, ataupun bila pundi kencing rasa penuh dan membengkak. Pesakit mungkin timbul rasa hendak kencing tetapi kerapkali kencing tidak keluar.
            Saya bersetuju bahawa lada hitam boleh menyegarkan dan memanaskan badan. Bukan sahaja untuk ibu-ibu lepas bersalin, malahan bermanfaat untuk orang biasa juga. Tetapi setakat ini Piper nigrum bukanlah penawar yang disyurkan untuk tujuan itu dalam rawatan homeopati. Demikian juga ia jarang dirujuk sebagai ubat demam dalam amalan homeopati. Hanya Dr. J. H. Clarke menyarankan kegunaannya apabila demam disertai kepala rasa berat, pening dan pesakit berpeluh sejuk.

Moga bermanfaat semua. :)

Friday, December 14, 2012

Kelebihan Ayat Qursi

Assalamualaikum..

Jom tengok selingan dan hayati kartun ini..

kredit to RUSYDEE ART

Pada petang ahad yang lepas, saya berpeluang berjumpa dengan seorang Syeikh dari Mesir, dan dia telah berkongsi mengenai kelebihan ayat Qursi ini. Sesungguhnya banyak kelebihan yang ada pada ayat Qursi kerana ianya adalah merupakan kepala Al-Quran, dan banyak hadith-hadith yang membicarakan berkaitan dengan ayat Qursi ini.

Antara intipati yang dapat saya ambil ialah:
  1. Ayat yang menunjukkan "wahdaniyyatilllah" iaitu ke-Esaan Allah SWT.
  2. Terang dan jelas menerangkan kekuasaan dan Qudrat Allah SWT.
  3. Allah SWT mengetahui apa yang bersembunyi dalam hati-hati manusia zahir dan batin.
Antara Hadith2 yang menunjukkan kelebihan ayat Qursi ini:

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari).

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani).

Wallahua a'lam.. :)

Monday, April 30, 2012

cbCeritaku: 6 Pesanan Untuk Hawa


Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin berkongsi 6 pesanan ataupun amanat yang penting, khasnya untuk kaum tulang rusuk Adam ni, sama-sama kita menghayatinya. Pesanan tersebut ialah:


  1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut. 
  2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat. 
  3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini." 
  4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya. 
  5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadizikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut. 
  6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. 
Semoga ianya sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua. Kongsilah untuk peringatan bersama. Wallahu a'lam.

Sunday, April 29, 2012

cbFakta: Ingat 5, Petua Berjaya


Assalamualaikum...
Ingat 5 nikmat yang dirasai sebelum datangnya 5 ujian yang tidak dapat dielakkan. Kebanyakan manusia terlupa dengan 5 perkara ini. Mereka sibuk dengan urusan masing-masing dalam mengejar 'reward' duniawi tanpa menoleh sedikit pun kepada urusan mereka terhadap akhirat. Sepatutnya kita kena beringat terhadap perkara yang akan menentukan nasib di 'sana'. 
Ok, 5 perkara tersebut ialah:

1.Sihat sebelum sakit.





2.Lapang sebelum sempit.





3.Kaya sebelum miskin.





4.Muda sebelum tua.






5.Hidup sebelum mati.





Ya, betul tu. Inilah petua untuk kita berjaya, bukan setakat di dunia, bahkan akhirat sana, kita dapat akan 'bahagian' kita sebagaimana yang dijanjikan, jika kita selalu berhati-hati dengan 5 perkara ini. 
Tertampar saya dengan salah satu kata-kata dari Buya Hamka, beliau berkata, "Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup, kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja". Masya-Allah, setakat mana kita menghayati kata-kata dari ulama' mujahid ini, seorang ulama' tasawuf moden, memberikan peringatan kepada kita tentang tujuan hidup di muka bumi ini. Hidup ini satu survivor, gagalnya kita kerana tidak memanfaatkan 'journey' ini dengan sebaik mungkin. 
Berbalik kepada 5 perkara di atas, nikmat seperti sihat, waktu lapang, kekayaan, masa muda dan diberikan nyawa untuk hidup adalah nikmat yang harus dimanfaatkan. Kenapa bila gagal barulah kita mengadu kepada Allah, sedangkan ketika di puncak langsung tidak kita ingat kepadanya? 
Nah, hidup sekadar hidup, diumpamakan seperti binatang, mereka pun hidup juga, tapi yang membezakan manusia dengan binatang adalah hidup manusia bertujuan. Ada target of life. Sebab tu la kita perlu ada bekalan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Diumpamakan seperti kita bekerja dalam satu syarikat, mesti ada matlamat yang hendak dicapai sama ada berbentuk tactical plan, operational plan ataupun strategic plan. Ini kerana setiap perancangan yang digarap itu kelak nanti akan mng'kaya'kan kita. Begitu juga kita hidup, orang yang kaya di akhirat kelak ialah mereka yang bersedia dengan bekalan amal soleh yang mencukupi sebelum mati. Wallahu a'lam..

P/S: Berkongsi ilmu itu sedikitpun tidak merugikan, bahkan ianya merupakan perniagaan yang tidak pernah rugi. :)

Saturday, April 28, 2012

cbKomik: Kentang Busuk??


Assalamualaikum..
Sambil anda terjah kat blog ini, saya ada satu kisah untuk anda. Jom kita hayati kisah ini. Ianya perihal 'Kentang'. Untuk 'release'kan tension dan minda anda, jadi, selamat membaca..


Al-kisah..





Sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah ini. Sentiasalah bersangka baik sesama kita, buang yang keruh dan ambillah yang jernih sahaja.. Moga-moga bermanfaat. Wallahu a'lam..

Kredit kepada : Cendol

P/S : Silakan share dan moga manfaat kita dapat bersama.. :)

cbAgama: 5 Perkara yang Elok Disebut


Assalamualaikum..
Peringatan hari ini ialah, 5 perkara yang semoleknya kita sebagai muslim selalu menuturkannya dengan anugerah lidah dan hati ini. Medium yang dikurniakan ini haruslah kita gunakan kepada jalannya yang sebenar, supaya kita tidak digelar zalim kepada diri sendiri kelak. 5 perkara tersebut ialah:


  1. Perbanyakkan Menyebut Urusan Akhirat Daripada Urusan Dunia. Sudah menjadi tabiat manusia, mereka lebih suka bercakap perihal keduniaan jika dibandingkan dengan urusan hala tuju tujuan sebenar mereka, iaitu akhirat. Orang yang palling cerdik ialah mereka selalu mengingati kepada kematian. Urusan dunia yang nilainya kecil, 1/100 nisbahnya dari nilai akhirat, satu perbandingan yang tidak terjangkau jauhnya, sebagaimana nikmat yang kita kecapi di dunia ini, hanya 1/100 nikmat yang Allah SWT campakkan kepada semua makhluk di bumi, rugilah sesiapa yang tidak menyibukkan diri kepada baki nisbah 99/100 nikmat tersebut, sedangkan dirinya sibuk mengejar yang 1 sahaja.  Firman Allah SWT: "Dan tidaklah kehidupan di dunia itu, kecuali kesenangan yang mengaburi mata". Surah Al-Imran, ayat 185.
  2. Perbanyakkan Menyebut Allah Daripada Menyebut Makhluk.  Kita selalu menyebut dan memuji seseorang yang selalu berbuat baik kepada kita, itulah sifat semulajadi manusia.  Tetapi mereka selalu terlupa, siapa yang paling layak dipuji atas pemberian itu. Makhluk yang berbuat baik sedikit, kita puji habis-habisan tetapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sendawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.        
  3. Perbanyakkan Menyebut Dan Mengingat Urusan Kematian Daripada hal-hal Kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa? 
  4. Jangan Menyebut Kebaikan Sendiri Dan Keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu. 
  5. Jangan Membuka Keaiban atau Keburukan Diri Orang Lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.  
Masa itu Emas

Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama berdoa semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

P/S : Share-lah untuk saling ingat mengingati..Wallahu a'lam. :) 
    

Friday, April 27, 2012

cbAgama : 7 Kalimat untuk diamalkan



Assalamualaikum..
Barang siapa mengamalkan tujuh kalimat ini, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan. Kalimahnya ialah :



1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.


P/S : Silakan SHARE sebagai peringatan bersama..:) . Wallahu a'lam..

Friday, April 20, 2012

cbAgama: Doa Antara Dua Khutbah



..salam
Oleh kerana hari ini hari jumaat, jom kita sama-sama menghafal doa antara dua khutbah...

inilah doanya:

آمين ، آمين بـِجُوْدِكَ آمِيْن

الَّلهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ, وَزِدْ وَأَتِمْ وَأَنْعِمْ وَتَفَضَّلْ وَبَارِكْ  بِـجَلاَلِكَ وَكَمَالِكَ عَلَى زَيْنِ عِبَادِكَ/ وَأَشْرَفَ عُبَّادِكَ/ سَيِّدِ الْعَرَبِ وَالْعَجَمِ/ وَإِمَامِ طَيْبَةَ وَالْحَرَمِ/ أَبِي الْقَاسِمِ /سَيِّدِنَا وَمَوْلَنَا مُحَمَّدٍ /وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ/ وَرَضِيَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَنْ كُلِّ الصَّحَابَةِ رَسُوْلِ اللَّهِ أَجْمَعِيْنَ/

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ....  

Monday, April 16, 2012

cbAgama: Teka-Teki Imam Al-Ghazali


   
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179.

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

P/S : Beringatlah sebelum ajalmu tiba.. Wallahua'lam.
KONGSILAH sebagai peringatan bersama..:)

Sunday, March 25, 2012

cbFakta: Kelebihan ZABIB



PERKONGSIAN BERSAMA:


Inilah anggur kering


Telah disebutkan oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi dalam kitabnya "At-Tibb Nubuwwah" berkaitan dengan sunnah Rasulullah Sallalahu a'lai wasallam memakan zabib ataupun anggur kering. Beliau telah meletakkan anggur kering ini adalah salah satu daripada makanan untuk kesihatan kerana Rasulullah Sallalahu a'lai wasallam sendiri mengajar kita untuk mengamalkan makan zabib ini.
Disebutkan, Imam Ibn Shihab Az-Zuhri ( salah seorang imam yang mengumpul hadith-hadith -lahir 50H dan meninggal 125H) pernah berkata :"Sesiapa yang ingin menghafal Hadith, hendaklah dia memakan zabib (kismis)". Inilah yang telah diamalkan oleh beliau, dan beliau menolak makan epal yang masam kerana tidak elok untuk ingatan.

Antara kelebihannya ialah :
1- Membersihkan hati.
2- Menguatkan daya ingatan.
3- Mencerdaskan minda.
4- Menyembuhkan penyakit lupa.


ZABIB  (ANGGUR KERING) merupakan salah satu makanan kesihatan Rasulullah SAW dan para Sahabat

Telah diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Saidina Ali Karramallahu wajhah telah berkata " Sesiapa yang mengamalkan makan zabib (anggur kering) sebanyak 21 biji setiap hari, maka dia tidak akan pernah merasaikan sesuatu yang membinasakan tubuhnya". Ketahuilah, dengan menamalkannya, ianya dapat menghilangkan kepenatan tubuh, dapat menenangkan hati yang sedang marah, mengelakkan lendir, melancarkan hubungan seksual dan menjernihkan wajah dan raut muka.


Raut wajah yang tenang dan jernih
Kismis mengikut kajian Sains Moden :
1- Melindungi hati.
2- Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti      varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3- Melawaskan pembuangan air besar.
4- Memperbaiki tone dan keanjalan kulit.
5- Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6-  Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.  Sumber : Amirul Asril




Oleh itu, marilah sama-sama kita amalkan sunnah Rasulullah Sallalahu a'lai wasallam dan para sahabat ini, disamping mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Sesungguhkan mengamalkan sunnah itu lebih baik daripada harta setinggi bukit yang kita miliki. Wallahu a'lam......
















Sunday, February 26, 2012

cbAgama: Ada Apa Dengan 'SUBUH'?



Assalamualaikum..
Lamanya saya terguling-guling di atas katil, pejam celik berulang kali, tapi kelopak ini masih berdegil untuk tertutup rapat. Alahai... Kenapa la susah sangat mahu tidur, subuh dah dekat dah ni....

Ya,berbicara mengenai SUBUH. Ada apa dengan SUBUH? Mengapa ianya penting dan amat-amat ditekankan dalam ISLAM?? 
Sebuah Hadis berbunyi : RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim).
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, pengertian SUBUH (as-Subhu atau as-Sabah) adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.
Di waktu inilah Muslim bangun untuk menunaikan kewajipan yang fardhu, iaitu menyembah Tuhan segala manusia. Kita seringkali terlepas pandang serta mengambil mudah dengan solat subuh secara berjemaah. Oleh itu, ketahuilah sesungguhnya banyak fadhilah berkenaan SOLAT SUBUH BERJEMAAH, antaranya :

  1. Allah SWT akan mengurniakan cahaya di hari akhirat kelak kepada orang yang berjalan ke masjid di waktu gelap kerana ingin menunaikan solat secara berjemaah. Sabda Rasulullah SAW berbunyi : '"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). 
  2.  Akan terbebas dari siksaan api neraka dan sifat nifaq. Sabda Baginda SAW yang bermaksud : "Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)".
  3. Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :
    "Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

    Banyak lagi kelebihan-kelebihan solat SUBUH ini. Semoga dengan ganjaran yang ditawarkan ini, kita akan lebih bersemangat untuk berjemaah dalam setiap solat fardhu bukan tertumpu kepada solat SUBUH sahaja. Wallau a'lam.



    "CARILAH KEKUATAN DI SEBALIK SOLAT SUBUH. UMAT YANG MENJAGA SOLAT SUBUH AKAN TEGUH. SESUNGGUHNYA RAHSIA DISEBALIK KEKUATAN UMMAH IALAH SOLAT SUBUH BERJEMAAH!".
      
      






    P/S : Jom Solat SUBUH berjemaah....Wallahu a'lam. KONGSILAH untuk kebahgiaan bersama..:)

Saturday, August 13, 2011

Fakta Facebook yang kebanyakan tak tahu..


Salam semua..
Hari ini saya nak berkongsi sedikit fakta mengenai laman sosial yang sememangnya mashyur seluruh alam nih, jom godek satu persatu..

Ni haa..........................

1. 1/3 daripada penduduk dunia sekarang ini telah mempunyai akaun facebook. Dari jumlah tersebut, lebih dari separuhnya yang LOG-IN akaun tersebut setiap hari. (termasuklah cb dan korang sekali)hehe..

anda ke yang selalu berfacebook ni??hehe
2. Dianggar seramai 2 % dari seluruh pencarian di Search Engine Goolge menggunakan perkataan "Facebook" pada tahun 2010.

3. Pengasas laman sosial ini, Mark Zuckerberg telah melancarkan Facebook ini pada 4 Februari 2004 yang mana ketika itu dia masih lagi menuntut di Universiti Harvard, Landon.

4. Mark Zuckerberg memiliki 24 % daripada saham di Facebook, manakala Microsoft memiliki saham sebanyak 1.3 %.

5. Dianggarkan seramai 25 % daripada keseluruhan pengguna facebook yang tidak memaparkan status mereka di laman sosial tersebut.

6. Seramai 63 % wanita dan 42 % lelaki yang menggunakan facebook untuk mencari bekas kekasihnya.

7. Mengikut statistik sekarang, facebook telah diterjemahkan kepada 76 bahasa di sekuruh dunia.

8. Untuk rekod, pengguna facebook yang tertua adalah berumur 104 tahun, Lilian Lowe dari Wales. 

9. Sebanyak 66 168 gambar di tag setiap minit dan 2 176 000 private mesej telah dikirim setiap 20 minit di facebook.

10. Dianggarkan seramai 35 juta pengguna mengubah status di facebook setiap hari.

11. Seramai 38 juta pennguna facebook mengunjungi halaman "Texas HoldEm Poker" pada setiap bulan.

P/S : ANDA MUNGKIN SALAH SORANG YANG AKAN MENGGEMPARKAN DUNIA DENGAN MENCIPTA LAMAN SOSIAL SEPERTI INI, NANTIKAN!! hehe...


Sunday, July 17, 2011

Cinta Seorang Lelaki


Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. 
Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasaserik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namundia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH.

SUMBER: - Ratuku eiFFa -

Monday, June 27, 2011

ketawa, senyum, suko, ngilai dan seumpamanya...

Ketawa ialah satu dari naluri-naluri atau tabiat semulajadi manusia.
Seorang ahli falsafah Greek pernah menegaskan bahawa manusia itu binatang yang pandai ketawa, tetapi manusia tidak ketawa tanpa sebab, bahkan di sebalik ketawa itu, tersembunyi sebab dan pendorongnya yang tertentu. Ahli-ahli jiwa berselisih dalam menentukan pendorong dan sebab yang sebenar yang menyebabkan manusia memecahkan ketawanya itu.
putih x gigiku???hihih


Menurut setengah ahli jiwa, tabiat ketawa itu mempunyai pertalian yang rapat dengan tabiat suka memerintah atau suka keinginan hendak menunjuk kuasa dan kelebihan, dengan erti kata ketawa ialah di dorong oleh kemahuan dan keinginan kita hendak memerintah atau hendak menunjuk kuasa atau kelebihan. 

Hal ini memang ternampak jelas dalam peristiwa-peristiwa berikut, iaitu mengapa kita ketawa apabila kita ternampak seorang yang kacak bergaya tergelincir rebah di tengah jalan, sedangkan kita tidak ketawa apabila kanak-kanak yang kecil, orang tua atau seekor binatang tergelincir rebah di tengah jalan?

Jawabnya, kita tidak ketawakan anak kecil dan orang tua yang telah
rebah itu, kerana mereka ialah bukanlah orang-orang yang setanding dengan kita, bahkan kita memandang taraf mereka sekurang-kurangnya lebih rendah dari kita dan tidak sekali-kali mencabar taraf kita sehingga menggerakkan ke taraf keinginan kita hendak menunjukkan kuasa dan kelebihan kita keatas mereka. 

Kita tidak ketawakan kerebahan mereka ialah kerana kita tidak ingin menunjukkan kuasa atau kelebihan kita keatas mereka yang lemah dan rendah pada pandangan kita. Tetapi sikap kita berlainan pula dengan terhadap orang yang kacak bergaya, kerana orang ini dianggap oleh hati kecil kita sama ada disedari atau tidak disedari sebagai orang-orang yang benar-benar setanding dan setaraf dengan kita yang cuba menunjukkan gaya, kekuatan dan kekayaannya kepada kita. Kelakuan orang ini memang mencabar dan mengugat taraf hidup kita sehingga menggerakkan keinginan kita hendak memerintah dan menunjukkan kekuasaan dan kelebihan kita keatasnya. Oleh sebab itulah bila orang yang seperti ini rebah tergerlincir di tengah jalan, maka kita akan ketawa besar atau sekurang-kurangnya kita ketawa di dalam hati kecil kita apabila dia
seorang yang beradab sopan dan terkadang -kadang kita ketawa dengan sepenuh hati apabila seorang yang rebah itu kebetulan menjadi lawan atau orang yang tidak disukai kita, kerana dengan ketawa itu sampailah cita-cita hati kita untuk melahirkan perasaan senda dan untuk menyatakan rasa puas mendapat kemenangan dan mendapat kelebihan ke atas orang yang telah dianggap mencabar taraf kita itu.

Tegasnya ketawa itu satu kenyataan yang dilahirkan oleh seseorang untuk menunjukkan kelebihannya, kekuasaannya, kepandaiannya, kecerdikannya dari yang lain. Rasa ejek dan senda yang bergelora di hati seseorang yang ketawa atas kesalahannya, kebodohan dan kemalangan orang lain itu adalah satu bentuk dan satu cara pameran tabiat hendak berkuasa dan hendak menunjukkan diri sendiri dan keatas orang yang lain.

Di sana seolah-olah ada perang dingin yang tersembunyi diantara kita dengan orang yang lebih tahu dari kita atau orang-orang yang sebaya dengan kita atau orang-orang yang kita anggap mencabar taraf dan kedudukan kita. Oleh itu sebarang kejadian yang boleh menserbasalahkan kedudukan orang-orang itu atau mejatuhkan mereka akan mendorong kita ketawa menang.

Jadi, kita ketawa ingin merasa senang di atas orang yang lain dan ingin berasa bangga dengan diri kita biarpun untuk beberapa saat.

Ramai orang yang meyangka bahawa orang yang suka ketawa itu kerana dia seorang yang berperibadi periang, tetapi sangkaan itu menurut ahli jiwa adalah tidak tepat. Ketawa itu sebenarnya seperti perbuatan temberang atau seperti perbuatan berangan-angan tinggi adalah dilakukan oleh seseorang apabila dia merasa dirinya terkurang atau terendah dari orang-orang lain. Perasaan yang mendorong seseorang itu berusaha dengan apa cara untuk melindungi dan menutup kekurangan dan kerendahan dirinya yang dirasa olehnya. Kadang-kadang dengan usaha dengan cara negatif, iaitu berangan-angan seperti Mat Jenin dan terkadang-kadang pula dengan cara positif, iaitu seperti berlagak sombong atau ketawa berdekah-dekah dan ketawa ketuan-tuanan atas kesilapan, kebodohan dan kemalangan orang lain.

Istilah 'suka memerintah' adalah mula-mula digunakan oleh Ludwig
seorang pengarang Jerman yang terkenal ketika menganalisakan tabiat ketawa. Beliaulah yang mula-mula menyebut bahawa pendorong yang menggerak seorang itu ketawa ialah keinginan hendak memerintah atau hendak nenunjuk kelenihan dan kehandalannya atau keinginannya untuk mengatasi orang lain. Di dalam hubungan itu Luwig telah membawa satu dongeng burung bayan dengan seekor katak. Ceritanya begini:

Pada suatu hari katak telah menjemput burung bayang kerumahnya. Untuk meraikan kedatangan burung bayan itu, katak telah membawa satu hidangan minuman yang ditaruh dalam satu bekas yang tidak dapat diminum oleh burung bayan, kerana dia tidak dapat menghulurkan paruhnya yang panjang itu. Katak-katak itu telah memecah ketawa nya yang berdekah-dekah bila melihat percubaan yang berhempas-pulas dari burung bayan yang gagal untuk menyedut air kedalam bekas itu. Tidak lama selepas itu Burung bayan menjemput katak-katak ke rumahnya. Untuk membalas dendam katak-katak itu, burung bayan telah menghidangkan jamuannya dalam bekas yang tidak dapat tercapai oleh mulut katak-katak yang pendek itu. Bila katak-katak kelihatan terhegeh-hegeh hendak memakan minuman itu, maka burung bayan pun meletuskan ketawa berdekah-dekah.

Didalam dongeng ini teryatalah bahawa kita pendorong burung bayan dan katak-katak itu ketawa terhadap satu sama lain adalah perasaan menang, perasaan bangga dan berpuas hati atas kelebihan masing-masing.

Teori ini adalah sesuai dengan kenyataan yang pernah ditegaskan oleh ahli falsafah Hobbes bahawa ketawa itu adalah gejala dari kebahagiaan jiwa dan kelucuan itu satu jalan bagi melahirkan kesukaan untuk menewaskan susah derita dan pahit getir hidup yang dialami oleh manusia. Dengan ini Hobbes seolah-olah telah menolong memperluaskan lagi pengertian ingin berkuasa sehingga meliputi kehendak mengatasi dan menewasi susah derita dan pahit
getir hidup di bumi kenyataan ini. Orang-orang yang meminati cerita-cerita, filem-filem, komenter-komenter dan pemandangan lucu adalah orang-orang yang mencari sumber ketawa untuk melupakan penanggungan-penaggungan hidupnya yang pahit atau untuk mengatasi tekanan-tekanan keserabutan, kerunsingan dan penderitaan yang berkecamuk di dalam jiwa mereka.

Dengan sekilas pandangan atau tinjauan seimbas tentulah sukar kepada seseorang untuk menyatakan bahawa ketawanya itu adalah didorong oleh keinginan untuk berkuasa atau hendak menunjuk kelebihannya. Dan kesukarannya akan lebih berat lagi dirasai apabila keinginan hendak berkuasa itu difahamkan dengan pengertiannya yang sempit, iaitu hendak memeritah, sedangkan keinginan berkuasa yang kita maksudkan di sini ialah keinginan berkuasa dengan pengertiannya yang meluas iaitu yang meliputi segala keinginan dan kemahuan dan hendak mengatasi, mengalah, menewas, membangga dan menunjuk diri, menarik perhatian, mengambil hati, melahirkan perasaan menang, perasaan senda dan ejek dan sebagainya dari penyataan-penyataan dan gejala-gejala yang menimbulkan oleh keinginan hendak mengatasi, menewasi dan
menunjuk diri.

Jika pengertian keinginan hendak berkuasa itu difaham dengan luas seperti tadi, maka tentulah akan ternyata kepada kita bagaimana tepat dan luasnya kebenaran teori ini untuk mentafsirkan sebab-sebab berbagai-bagai ketawa yang diletuskan oleh manusia.

Ketawa itu memberi kesegaran kepada jiwa, kerana orang-orang yang sedang ketawa berdekah-dekah akan dapati dirinya dibuai oleh rasa senang dan menang atas rasa duka deritanya, rasa bangga dan besar hati, rasa terkapai maksud dan kehendaknya. Ketawa juga satu hukuman atau dera siksa sosial yang pedih. 
xd adab btol ltawa cmni hehe

Oleh sebab itulah orang-orang yang kena ketawa akan merasa dirinya terhina, Merasa kehormatannya dicerobohi, merasa kebanggaan dirinya hancur dan merasa kedudukannya kalah dan tewas.

Gejala-gejala seperti ini tidak syak lagi memberi satu gambaran yang
nyata betapa rapatnya perhubungan ketawa dengan keinginan berkuasa yang menjadi tabiat semulajadi manusia.

Hinggakan ketawa orang yang muka tebal atau muka papan yang tidak terjejas atau terkesan oleh ketawa-ketawa orang terhadap dirinya juga tidak sunyi dari unsur-unsur perasaan ingin berkuasa dan ingin mengusai. Umpamanya dia berkentut di tengah majlis yang ramai, tiba-tiba orang disekeliling kelalangnya ketawa berdekah-dekah dan bila dilihat semua orang ketawakannya, maka dia pun turut meletuskan ketawa terbahak-bahak seolah kejadian itu
terjadi keatas diri orang lain. Mengapa dia ikut ketawa? dia ikut ketawa kerana dia mahu memperkecil sikap orang-orang yang ketawakan kentutnya dan kerana dia mahu menyelamatkan air mukanya dengan berlindung di balik ketawa-ketawa yang seolah-olah dia hendak mengistiharkan kemenangannya "aku tidak terjejas oleh ketawa kamu, aku bukan orang lemah yang boleh
diseksa oleh ketawa kamu, atau aku ejek balik ketawa kamu itu."

Kadang-kadang kita ketawa kerana mengambil hati atau menarik perhatian. Oleh itu, perkataan-kerkataan, perbuatan-perbuatan telatah-telatah yang tidak berisi dengan unsur-unsur kelucuan yang tajam dan tidak wajar mendorong kita ketawa besar seringkali membuat kita ketawa besar apabila perkatan perbuatan, perbuatan dan telatah itu terbit dari orang yang kita sukai dan kita ingini mengambil hati dan memenagi kemesraannya. Dari sini dapatlah kita mengerti mengapalah kita tidak ingin ketawa bila kelucuan- kelucuan itu terbit dari orang yang kita biarpun kelucuannya itu cukup berisi dengan unsur-unsur penggeli yang boleh membangkitkan ketawa kita. Sebabnya kita dari awal lagi tidak ada persediaan untuk mengambil hatinya. Pendeknya kita ketawanya telatah-telatah orang yang kita sukai dan sayangi itu kebanyakannya bukan kerana telatah-telatah itu mengandungi unsur-unsur kelucuan yang benar-benar pengeli, tetapi kerana didorong oleh keinginan kita hendak mengambil hatinya dan merebut kemesraan dan kepercayaannya.

Di sini sekali lagi kita lihat dengan terangnya bagaimana keinginan
hendak berkuasa itu memainkan peranannya di belakang ketawa-ketawa sosial kita kerana keinginan hendak mengambil hati itu adalah satu penyataan dari keinginan hendak berkuasa.

Tetapi mengapa kita ketawa cerita-cerita lucu, gambar-gambar kartun, lakonan-lakonan Tompel, Ismail Botak, Aman belon dan lain-lainnya? Di manakah motif keinginan berkuasa di dalam ketawa-ketawa yang seperti ini?

Di dalam ketawa-ketawa seperti ini, yang sebenarnya kita ketawa bukan kerana hendak menguasai atau mengatasi si Tompel, Ismail Botak dan Aman Belon,
tetapi kita ketawa kerana mereka telah berjaya:

( 1 ) Memberi sindiran yang tajam kepada orang-orang, golongan-golongan dan fikiran-fikiran yang tertentu yang memang mencabar kita atau tidak disukai kita.

( 2 ) Mengambarkan ejekan, sendaan dan penghinaan kepada orang-orang, golongan-golongan dan fikiran-fikiran yang tertentu yang memang mencabar kita atau tidak disukai oleh kita.

( 3 ) Memperlihatkan ketololan, kebodohan, kebingunan, kelemahan dan kecacatan kita yang membangkitkan sendaan kita.

Pendeknya, yang menjadi sandaran ketawa kita yang sebenar bukannya si Tompel, Ismail Botak dan Aman Belon, tetapi ialah orang-orang, golongan-golongan dan fikiran- fikiran yang mencabar kita yang telah ditindas oleh Tompel, Ismail Botak dan Aman Belon dengan kelucuan mereka yang pedas. Tegasnya kita ketawakan si Tompel dan rakan-rakannya ialah kerana mereka terkoyong-koyong telah menolong kita untuk menyendakan orang-orang, golongan-golongan, fikiran-fikiran, ketololan-ketololan dan kelemahan-kelemahan yang mereka tidak setujui. Di sinilah, letaknya motif keinginan hendak berkuasa, kerana senda-menyenda, ejek-mengejek itu adalah bentuk dari penyataan ingin berkuasa dan menguasai.

Tetapi sebaliknya kita tidak ketawa, bahkan akan marah apabila cerita-cerita, filem-filem dan lakonan lucu itu cuba menggunakan orang-orang, golongan-golongan atau fikiran-fikiran yang kita hormati dan pujai itu sebagai sasaran dan landasan untuk dilucu dan
disenda-sendakan mereka kerana kita memang dari mula lagi tidak sekali-kali ingin memperkecil-kecilkan mereka yang kita hormati dan pujai itu.

Kadang-kadang pula kita ketawakan ahli-ahli lawak jenaka itu ialah
kerana mereka telah membuat tiru-tiruan dan ajukan yang sungguh tepat dan berjaya sehingga membangkitkan kesukaan kita untuk menyertai kejayaan dan kemenangan mereka.

Hinggakan di dalam ketawa-ketawa kena geletek atau kena sentuh bahagian anggota-anggota geli yang tertentu pada tubuh kita juga tidak sunyi dari unsur keinginan hendak berkuasa, kerana ketawa kita di waktu itu bukan semata-mata kerana geli, tetapi juga kerana mengambil hati orang-orang yang menggeletek kita yang memang kita sukai itu. Oleh sebab itu kita tidak ketawa bahkan kadang-kadang kita marah apabila kita digeletek oleh orang-orang yang kita benci atau orang-orang yang kita tidak ingin mengambil hatinya.

Kadang-kadang pula kita ketawa untuk menutup kekurangan atau melindungi kelemahan kita seperti kita ketawa apabila kita sedar telah melakukan satu kesilapan, dan bererti bahawa kita cuba mengatasi kelemahan dan kekurangan kita dengan ketawa. Orang-orang yang terikut ketawa di dalam majlis-majlis dan perhimpunan-perhimpunan ramai, sedangkan mereka kadang-kadang tidak mengetahui hujung pangkal kelucuan yang diketawakannya itu yang sebenarnya bukanlah kerana mereka tidak mahu dianggap tidak faham oleh orang lain seolah-olah mereka mahu menyatakan dengan ketawa mereka "Aku juga faham seperti kamu" walaupun mereka tidak faham. Demikianlah besarnya keinginan mahu berkuasa mendorongi manusia meletuskan ketawa mereka yang terbahak-bahak dan berdekah-dekah.

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!