Saturday, August 6, 2011

Ramadhan Karim..


Salam semua...



Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-6 kita memijak kaki kita di tanah Ramadhan ini, sambil-sambil diri teruji dengan pelbagai cabaran serta mehnah ujian, tambahan pula sekarang kemarau je memanjang.. letih, panas, dahaga semuanya merasa.. so tak de beza la hang orang kaya, aku orang berada, kamu orang kebanyakan, semuanya merasainya, oh indahnya jika sepanjang tahun kita berkongsi kesusahan bersama-sama kan?? :-)

Bila mana kita bercakap mengenai Puasa ini, mesti terlintas dalam fikiran kan, tak boleh makan (tahan lapar) selepas waktu sahur sampai maghrib (terbit fajar hingga terbenam matahari) kan??? ye la tu, tak nak mengaku pulak korang ni..hehe.

Ingat pula 'jamang' budak-budak dulu kan, bila tiba je bulan puasa ni, mesti terlintas dalam hati, alooo.. kena tahan lapar la, tak leh makan la, bestnya boleh sembahyang teraweh beramai-ramai, dan yang selalu aku buat, main mercun..hohohoho. memang ganas la kalu diingat zaman kecik-kecik dulu kan,hehe.. itulah memori serta nostalgia dulu..................

Kecik2 dulu masa pi semayang terawih..hehe
Dan sebenarnya TIDAK!! Ramadhan datang bukan setakat meyuruh kita menahan makan dan minum sahaja, tapi ianya datang untuk menyuci serta melatih tubi diri serta hati kita, makna kata masuk je bulan ramadhan, maka bermulalah sesi penyucian hati bagi mereka yang betuk-betul mengejar keredhaan Allah swt. Bukan setakat menahan perut daripada diisi oleh makanan, tetapi menahan mata, telinga, mulut serta hati daripada melakukan perkara yang di larang oleh Sang Pemilik tubuh kita, iaitu Allah swt.

Di sinilah letaknya sejauh mana kepatuhan kita, ketundukan kita terhadap arahanNya. Jika kita berjaya menahan serta mengetepikan hawa nafsu dan mengejar sebanyak mana fadhilat dalam amalan-amalan wajib dan sunat di bulan mulia ini, maka beruntunglah kita.. kerana semua kebajikan berlipat ganda pahalanya bila kita melakukannya dengan ikhlas serta niat keranaNya.. 'Allahumma Bariklana Fi Ramadhan....' amein..

Beruntungnya orang yang dapat melalui fasa ramadhan ini, kerana ia datang sebagai tetamu yang membawa pengampunan dosa dah rahmat serta menjauhkan diri daripada neraka Allah swt. Layanlah ia dengan sebaik meungkin, sebagaimana kita melayan tetamu di raja, kaum kerabat yang kaya raya,  dan sepatutnya lebih dari itu kita melayan tetamu Ramadhan ini, kerana ia datang dengan segala macam kebaikan dan menolak segala macam keburukan, tiada nikmat yang lebih besar ka atas seluruh umat manusia ini, kecuali mendapat Syurga Allah swt. 
Seperti mana kita melayan tetamu yang berkunjung ke rumah kita dengan sebaik mungkin (salah satu perkara yang perlu disegerakan oleh Rasulullah saw), seluruh isi rumah akan mendapat keampuan selepas tetamu itu pulang. Begitu jugalah dengan tetamu ramadhan ini, jika kita mengikut kehendak disiplin yang telah ditetapkan dalam bulan ini, InsyaAllah kita akan mendapat keampunan yang telah dijanjikan olehNya.

Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya :
"Barangsiapa yang mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan rahmat Allah swt, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu".
(Hadith Sahih  - Riwayat Bukhari dan Muslim)..


Oleh itu, Ramadhan yang kita lalui ini, gunakanlah sebaik mungkin, serta kejarlah sebanyak dan semampu mungkin amalan-amalan wajid dan sunat, dan mintalah keampunan, moga berjaya di dunia dan akhirat..Wallahua'lam..


P/S : Selamat menyambut Ramadhan semua, puasa jangan tak puasa..hihi




Layan la video kejap ye, suka tengok intro kat video ni, tringat plak zaman budak3 dulu, suasana itu mengembalikan kita masa duk kat kampung, best sngt2...........


kredit to : Azroypramlee

1 comment:

Anonymous said...

Thanks , bermanfaat ;-)

Penghuni Cakap Bual

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Share This!